Tuesday, February 23, 2010

No more drama please!


Kadang-kadang aku juga kehairanan dengan perilaku sesetengah orang yang suka membesar-besarkan sesuatu perkara. Aku bukan bermaksud untuk menilai seseorang tetapi tingkah laku yang diambil seringkali menyusahkan orang lain secara sedar atau tidak.

Apalah salahnya kalau kita fikirkan dulu dengan semasak-masaknya sebelum bertindak. Jangan sampai tindakan kita tadi menyusahkan orang lain kerana itu sudah tidak benar. Tidak ada seseorangpun manusia di dunia ini yang rela terkena tempias kita. Kalau kita boleh hidup aman bahagia kenapa kita harus bersusah-susah? Kalau kita tak ingin rasa terbeban, orang lain juga pasti tidak ingin menanggung beban hasil perbuatan orang lain.

Tidak aku sangkal, ada orang yang sememangnya suka mengada-ada dan bagi mereka hidup tanpa drama macam makan nasi dan lauk tanpa garam. Padahal, makan terlalu banyak garam juga tidak baik untuk kesehatan kita.

Jakarta, 23 Feb 2010
11:14 malam

Tuesday, February 9, 2010

Kau satu-satunya


Kau bukan yang pertama hadir
dan berlabuh mesra di hatiku
namun kau yang terakhir
mengucup mesra dahiku.

Aku mungkin yang pertama hadir
menakluki sanubarimu
mungkin aku bukan yang terakhir
yang akan kau rindu.

Walau antara kita sudah berakhir
aku akan selalu
menanti untuk kau hadir
setia menunggu satu kemungkinan itu.

Jakarta, 9 Feb 2010
18:18 wib