Tuesday, May 11, 2010

Menjual Mimpi


Sebagai orang iklan banyak rintangan yang harus akan hadapi kerana bukan senang berhadapan dengan kerenah manusia yang bermacam-macam. Kerjaan orang iklan seperti penjual mimpi dan bukan senang untuk menjual mimpi kerana kebanyakan orang merasakan mereka paling tahu menilai mimpi yang terbaik dan tentunya mereka mau menjual mimpi-mimpi mereka sendiri.

Dugaan demi dugaan harus aku hadapi setiap hari tapi aku tidak akan pernah menyerah kerana kegagalan bukanlah pilihan. Bertahun-tahun aku coba membina keyakinan diri dan tidak akan aku biarkan siapa-siapa menghancurkannya. Bertahun-tahun aku mencoba untuk menerima hakikat kehidupan ini, tidak akan aku biarkan keadaan merubah siapa diri ini.

Terpaksa akau tahan kekecewaan diri dan telan segala amarahku demi perjuanganku yang belum selesai. Aku hanya ini memberikan yang terbaik sepanjang hayat di kandung badan. Biarkan aku terus menjual mimpi-mimpiku walaupun aku dihina...

Jakarta, 11 May 2010

Monday, May 3, 2010

Jika tiba waktu...


Saat aku kehilanganmu,
pedih menyelubungi kalbuku,
yang ada hanya kenangan bersamamu,
kau dan aku tidak akan seperti dulu,
kerana jarak memisahkanku.

Aku yang pergi meninggalkanmu,
akan membawa sejuta rasa pilu,
hanya kau dan aku tahu,
kita akan tetap bersatu,
dalam kenangan dan hari-hariku.

Aku berjanji akan kembali padamu,
andai tiba waktu.

Jakarta, 10 Jun 2010

Paris


Kota cantik ini aku lawati buat kali kedua setelah 10 tahun berlalu. Tidak banyak yang berubah di sini, kotanya masih tetap cantik seperti 10 tahun dahulu. Aku sedikit terkejut dengan keadaan kota Paris yang tidak banyak berubah ini. Tidak seperti kota-kota besar di Asia yang banyak mengalami perubahan dalam kiraan bulan ataupun tahun.

Mungkin yang berubah di sini bukan gedung-gedungnya tetapi sikap orang-orangnya yang telah mulai banyak berbahasa Inggeris. Menurutku ini suatu petanda yang baik kerana kita semua harus sanggup belajar sesuatu yang baru untuk kepentingan diri dan juga orang lain. Melawat Paris tidak lagi 'menyusahkan' kerana bahasa bukanlah lagi masalah.

Hari ini, aku merasa sedikit sedih atas keadaan sebuah arked di Champs Elysees yang kelihatan agak terbiar dan McD tidak lagi menjual Strawberry Milk Shake kegemaranku. Cuaca di Paris juga tidak menentu, sering hujan dan agak sejuk untuk musim semi.

Ada dua hari lagi untuk aku menyelami kota Paris dan aku tidak tahu kapan lagi aku akan ke sini. Semoga aku masih berkesempatan lagi untuk kesini dan menikmati kota Paris yang cantik ini!

Paris, 3 May 2010