Thursday, February 26, 2009
Teringat 17
Walau kita tidak pernah bicara
dalam sekian lama.
Walau kita tidak pernah bersua
dalam beberapa ketika.
Kalian masih ada
dalam jiwa
dan raga
jua rasa
sampai bila-bila.
Kau hadir dalam gelora,
menghapus segala duka.
Kau tiba dalam tawa,
membawa bahagia.
Ku harap untuk selamanya.
Semoga kau bahagia.
27 February 2009
Jakarta
Katalah semaumu 16
Tiada kata-kata
yang bisa
buat aku jadi nestapa.
Tiada kata-kata
pernah aku lupa,
tentang rupa,
tentang gaya,
tentang tutur kata
dan segala-galanya.
Sudah sebegini lama
aku merasa terhina.
Segalanya
pemberian Dia
dan dalam kekuatan luarbiasa
yang tetap aku bela
sampai bila-bila
hingga ke ujung usia
insya-Allah!
February 26, 2009
Jakarta
Tuesday, February 24, 2009
Pasti tuhan tahu 15
Sunday, February 22, 2009
Takdir 14
Friday, February 20, 2009
Apa Erti Bahagia? 13
Wednesday, February 18, 2009
Soal Asmara 12
Monday, February 16, 2009
Tentang Percaya 11
Akan datang suatu hari yang cerah
membawa khabar gembira
dan padamlah semua duka
tiada lagi gerhana
Akan datang seorang dikau
mendakap aku
dan tak ingin kau
lepaskan sampai bila-bila
Jika kau harus pergi jua
kau bawalah bersama
setiap nafas yang kuhela
kerana aku rela
dan aku percaya
segala yang kurasa
adalah cinta.
Febuari 17, 2009
Sunday, February 15, 2009
Antara Cinta, Bahagia & Asmara 10
Apakah kita akan bahagia
jika sudah menemukan cinta?
Pentingkah asmara
untuk bahagia dalam cinta?
Tanpa cinta, kita juga bisa
bahagia.
Tanpa asmara, cinta juga bisa
bahagia.
Mungkin ada kaitan antara cinta, bahagia
dan asmara.
karena itu semua
naluri manusia semata
yang tercipta
sedemikian rupa.
Mungkin juga tiada kaitan antara cinta, bahagia
dam asmara.
Yang ada cuma manusia
mencoba
untuk bahagia
tanpa dosa-dosa.
Febuari 16, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Seisi Jiwa 9
Cinta Aturan Yang Maha Kuasa 8
Tuesday, February 10, 2009
Ternyata kita semua sama...7
Ada kekasih ditinggalkan.
Ada suami menduakan
Ada isteri di luar mencari hiburan.
Ada ibu disia-siakan.
Ada ayah tidak diendahkan.
Ada insan
yang senang
sendirian.
Ternyata kita semua sama.
Ada cinta mati ditengah jalan.
Ada juga yang mati sebelum jalan.
Ada cinta hanya bertepuk sebelah tangan
Ada insan
yang senang
bersendirian.
12 February 2009
Usahlah berjanji 6
Usahlah kau berjanji akan menantiku
dipintu surga
karna sering kali aku
menantimu
yang tak kunjung tiba
Sanggupkah kau
membantuku
membersihkan bokongku
andai aku tak mampu?
Usahlah kau berjanji akan bersamaku
sampai akhir waktu
karna sering kali kau berlalu
tanpa menungguku
Aku yang setia
menjagamu
dalam susahmu
sering kali kau
lupa aku
dalam senangmu
Aku tidak mahu
janjimu
membuat aku
jemu
padamu
Biar Indah 5
Monday, February 9, 2009
Mimpi pagi 4
Hanya aku sendiri
yang rela menemani
jiwaku yang sepi
hanya aku yang sudi
hadir dalam mimpi-mimpiku, sendiri.
Perjalanan yang maha panjang ini
buat sementara biarlah kutempuh sendiri
seperti dulu lagi
dan langkah kaki yang semakin lunglai
serasa tak bererti.
Apakah aku harus beranikan diri
mencari kamu lagi?
atau biarkan semuanya berlalu pergi
seperti mimpi-mimpiku tadi
sendiri
sepi
lantas pagi.
10 Febuary 2009
Tak Siapa Tahu 3
Berdosakah Aku? 2
Tanpa Cinta Tak Mengapa...1
Thursday, February 5, 2009
Buat saudaraku di Palestina
Aku tahu azabmu
aku sedih atas nasibmu
aku marah atas kekerasan mereka padamu
meski aku terus menangisimu
meski aku tidak berdaya sepertimu
akan aku terus berdoa
semoga semua ini berlalu
Tidak aku ragu
kekuatanMu tuhanku
tolong hentikan sikap dayus itu
biar semua berlalu
buat saudaraku
berseru
tanpa ragu
tentangMu
Sabarlah saudaraku...
badai pasti berlalu
dan hadir hari baru
tanpa seteru
Jakarta, 6 Februari 2009
Jumaat untuk mengenangmu saudaraku
Pergi lagi?
Apakah tahun ini?
aku bakal mengucapkan salam untuk pergi
buat semua di sini
atau masih panjangkah lagi
jalan-jalanku di sini?
Aku jua tidak pasti
hanya mengikut langkah kaki
walau ke mana ku pergi
memori akan selalu di hati
kerana Jakarta terlalu bererti
Walau ke manapun nanti
aku berdoa dan berjanji
untuk selalu mengingati
siapa diri ini
biar semua penuh erti
lagi...
Jakarta, 6 Februari 2009
Teman
Aku akan datang
bertemu dan bersenda
tentang hari ini
tentang kita
Aku juga berjanji akan datang
walau dalam lara
kalau perlu kita menangis
aku rela
Aku tahu aku akan pergi
suatu hari nanti
dan kalau aku pergi dulu
akan aku ingat semuanya
tentang kita
Jika kau pergi lebih dulu
akan aku persembahkan
Al-fatihah dalam doa-doaku
agar kau bahagia
selalu...
Jakarta 6 Feb 2009
11:32 pagi
sebelum berangkat ke KL
Semangat semakin tipis...
Seperti Energizer Bunny, kita manusia juga perlu 'recharge' hidup kita. Kadang-kala kita jatuh sakit kerana overworked dan juga stress yang melanda tanpa kita sedari. Banyak yang boleh kita lakukan untuk recharged hidup kita seperti solat 5 waktu, bersenam, cuti hujung minggu atau sekadar taking a break dari rutinitas seharian kita.
Sampai berapa lama tenaga dan semangat ini akan bertahan?
Monday, February 2, 2009
Kesal
Subscribe to:
Posts (Atom)