Wednesday, May 11, 2011

Now or never!

Aku seakan diberi petanda atau  isyarat untuk melakukan apa yang ingin kulakukan selama ini. Sungguh tidak aku sangka semua ini berlaku terhadapku walaupun di hati kecilku pernah membisikkan agar aku lebih hati-hati. Awalnya aku tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang drastik tetapi akhirnya aku harus melakukan sesuatu.
Malam ini aku akan mengerjakan Solat Istiqarah atau Solat Hajat biar bisa aku membuat keputusan yang benar mengikut petunjuk dari Yang Maha Esa. Semoga Yang Maha Kuasa memberikan aku petunjuk untuk melakukan keputusan yang sesuai kemahuan hatiku yang paling dalam tanpa dendam, tanpa benci dan tanpa ragu demi kebaikanku juga.

Jakarta, 11 May 2011

Monday, May 9, 2011

Doa hari ini

Semoga diri ini diberikan ketabahan untuk menghadapi setiap cobaan dan dugaan yang silih berganti tanpa henti ini. Jadikan aku hambamu yang kuat. Semoga semua 'penderitaan' dan 'kegusaran' ini akan segera berakhir. Jangan kau jadikan aku seorang pembenci dan pendendam, Amin ya Rabbal Al Amin!

Jakarta, 8 May 2011
8:58 pm.

Friday, May 6, 2011

"kembara berjalan bersendirian..."


Hari ini aku melakukan hal yang agak gila yang sudah lama tidak aku lakukan: membeli tiket pesawat ke Eropah walaupun teman-temanku belum memutuskan untuk ikutserta.

Jadwal kembaraku cukup padat mulai bulan Jun nanti. Insya Allah aku akan berangkat ke Hamburg, Germany pada tanggal 15 sampai tanggal 17 Jun untuk menghadiri Global Meeting bersama 3 rakan kerjaku yang lain. Kami bercadang untuk pulang melalui Paris serta mengambil peluang beristirehat pendek di kota romantis itu. Aku juga akan mengambil peluang ini untuk melihat-lihat tas duffle yang sudah aku incar pada kunjungan kali terakhir ke Paris tahun lalu tapi tidak aku beli. Ternyata aku tidak jadi ke Paris. Kami hanya habiskan sisa-sisa hari Sabtu berkeliling di kota Hamburg yang juga ternyata menyenangkan.

Pulang dari Paris, aku berencana akan ke Bali untuk acara reunion bersama bekas teman-teman serumah di Jalan Bawal, Bangsar. Rumah di Jalan Bawal banyak mengajar erti 'persahabatan' yang amat sebenarnya kepada kami penghuninya kerana di situlah buat pertama kalinya kami bersepuluh (mungkin lebih kalau dihitung mereka yang sering datang menziarahi dan terus tinggal disitu) berusaha membina hidup sendiri dan belajar berdikari. Banyak kenangan manis yang kita lalui bersama terutama ketika musim rambutan kerana rumah kami penuh dengan pohon-pohon  rambutan. Pada awal tahun 90-an, Bangsar di sekitar Jalan Riong masih belum dibangunkan secara menyeluruh seperti sekarang. Masihkah ada rumah Banglow Jalan Bawal kami itu? Insya Allah aku akan terbang ke Bali setelah selesai kerja pada hari Jumaat, tanggal 24 Jun sampai dengan 27 Jun dan bertemu dengan teman-teman yang sudah lama tidak bersua dan berjenaka bersama. Walapun tidak semua dari penghuni Jalan Bawal berkesempatan untuk datang ke Bali tapi sedikit sebanyak akan terubatlah rindu di hati. Ternyata aku menyambung dua hari lagi di Bali stelah teman-temanku berangkat pulang. Semoga saja aku akan menjejak lagi bumi Bali yang penuh mistik ini.

Liburan singkat ditengah-tengah tahun ini amat aku perlukan setelah melalui jerit perih bekerja selama hampir enam bulan sebelum mempersiapkan diri untuk berpuasa. Di penghujung Ramadhan nanti, aku akan pulang ke KL untuk merayakan hari kemenangan bersama-sama keluarga di kampung.  Insya Allah aku akan berangkat pulang pada hari petang Jumaat 26 Ogos. Aku sungguh teruja kerana kali ini aku berkesempatan untuk berpuasa di Kuala Lumpur selama tiga hari sebelum pulang ke Pasir Puteh. Akan aku jelajahi Bazaar Ramadahan yang aku rindukan untuk berburu Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Semoga juga tahun ini renovasi apartmentku akan selesai sebelum Hari Raya Puasa dan dapatlah aku meraikan hari bahagia ini tanpa beban kerana aku sudah lama pasang niat untuk membenarkan keadaan rumahku yang sudah agak 'uzur' itu tadi setelah sekian lama aku tinggalkan.

Aku dijangka kembali ke Kuala Lumpur pada tanggal 1 September untuk bertemu dengan teman-temanku di KL. Besoknya aku pula akan berangkat ke Pulau Pinang untuk meraikan perkahwinan Steven. Acara perkahwinan Steven ini sepertinya reunion FCB KL kerana banyak anak-anak FCB diundang. Tanggal 4 aku bergegas berangkat pulang ke KL, mungkin satu pesawat dengan Gerrie dan keluarga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta pada tanggal 6 September. Insya Allah aku akan kembali bekerja keras selama sebulan dan menyelesaikan sebanyak mungkin deadline yang kami mampu sebelum pulang ke KL pada tanggal 20 October untuk melanjutkan perjalan ke Eropah. Ternyata semua ini akan berubah kerana aku tidak perlu lagi kembali ke Jakarta. Persoalannya apakah kali ini aku akan kembara secara solo atau teman baikku Norly akan turut serta. Kita tunggu dan lihat sahajalah kerana malam ini dia berjanji untuk membeli tiket Perth-London. Ternyata Norly juga telah membeli tiket pesawat ke Amsterdam dari Perth jadi aku akan bertemu dengan beliau di Eropah, Insya Allah.Dari London, aku berencana untuk melawat Greece yang belum aku jejaki untuk melihat sendiri keindahan Pantai Santorini dan tempat-tempat menarik lainnya. Aku juga dijangka akan singgah di Amsterdam sebelum berangkat pulang ke KL sehari sebelum Umat Islam meraikan Hari Raya Haji.

Aku akan berangkat pulang ke Jakarta pada subuh-subuh hari, hari Selasa 8 November dan langsung ke masuk kerja setelah lebih dari dua minggu tidak memikirkan soal kerja. Semoga aku tidak mengalami jet-lag yang teruk seperti tahun kelmarin. Sepanjang bulan November aku akan fokus pada projeck yang sepertinya tidak terlalu banyak. Biasanya pada akhir tahun ini, kami akan melakukan banyak planning untuk tahun 2012 dan persoalan utama yang akan kami hadapi adalah soal revenue untuk menutup tahun 2010. Apakah nasib kami akan bertambah baik untuk tahun ini? Insya Allah semoga kami mampu mencapai target yang telah kita tetapkan penghujung tahun 2010. Ternyata semua ini akan berubah kerana aku tidak lagi perlu bersusah payah soal ini dan mungkin juga aku telah memulakan kerja baruku atau usahaku sendiri yang selama ini aku belum berani melakukannya.

Walaupun Kristy dan Sashie sudah awal-awal mengajakku untuk menyambut tahun baru dan sekalian meraikan ulangtahun beliau dia Sydney dan Melbourne sehari sesudah Krismas tetapi kami belum membeli tiket. Aku merancang unuk menyusuli mereka pada tanggal 30 Disember kerana buat masa sekarang aku merasa sedikit bersalah untuk pergi lagi sebulan setelah kembali dari Eropah di awal November. Kita lihat sahaja nanti apa yang akan terjadi di penghujung 2011 untuk menyambut tahun 2012.

Apakah aku akan berjalan sendirian atau dengan teman-teman yang sudi menemani di tahun 2012 nanti. Semoga niatku untuk melakukan Umrah atau Haji akan terlaksana pada tahun depan, insya Allah!


Jakarta, Jumaat 6 Mei 2011.
11:44 malam WIB

Updated, Jakarta, Jumaat 1 Julai 2011

Thursday, May 5, 2011

"keep it simple"

Tidak terlalu payah untuk membahagiakan diri sendiri jika ekspektasi kita juga cukup simple.

Wednesday, May 4, 2011

Sesalku hanya satu...



Pernah kutangisi
pabila kau tiada.
Sering kutangisi
setiap perasaan itu datang.
Sudah puas ku menjerit
pada seisi dunia
juga pada semua
yang memandang aku.

Tidak ada apa lagi
yang harus aku sesalkan
kecuali tentang dosa-dosa
pada yang maha kuasa
dan mereka yang pernah
kukenal...

Jakarta, 4 May 2011



Tuesday, May 3, 2011

"Nasib kita tidak akan pernah berubah jika kita tidak berusaha merubahnya"

Sudah lama aku tidak menulis di sini. Banyak yang telah aku lalui dari Januari sampai Mei, ada yang manis, yang pahit dan ada juga hari-hari itu berlalu bagai angin lalu tiada terkesan. Aku amat takut menghadapi hari-hari yang berlalu begitu saja tanpa meninggalkan kesan di hati. Mungkin juga kapasitas memori manusia terbatas untuk terus mengingat semua peristiwa dan kenangan yang kita lalui dari hari ke hari.


Hari ini merupakan hari ketiga aku tidak merokok, yang sudah menjadi sebahagian dari hidupku lebih dari 20 tahun. Ini merupakan percubaan yang sudah kesekian kali untuk aku mencuba berhenti dari merokok. Aku yang dulunya tidak pernah ingin merokok tapi akhirnya mencuba dan menjadi addicted tanpa aku sedari. Addiction ini semakin lama semakin susah untuk aku tinggalkan. Aku terpaksa melalui kesakitan yang amat sangat, terakhir melakukan routine check gigiku. Ternyata gusiku sudah tidak kuat menampung nicotin, asap rokok dan toksin-toksin yang sering kuhisap dan hembus ini.

Aku diberi kata putus untuk segera tidak merokok oleh Dr Sim. Aku sememangnya telah memasang niat untuk untuk berhenti merokok dalam beberapa ketika ini.  Akhirnya aku melaksanakan  niatku itu walau sudah agak terlewat tapi 'it is better late than never'. Kali ini aku terpaksa mengambil ubat yang dibeli di farmasi untuk membantuku melalui segalanya dengan mudah. Itu harapanku.

Ternyata tidak mudah untuk aku buang tabiat ini. Awalnya aku disarankan untuk mengambil ubat ini dalam dosis kecil 0.5 mg pada minggu pertama. Aku dibolehkan untuk merokok di minggu pertama ini sementara sistemku mulai menerima ubat tersebut. Minggu kedua, aku harus meningkatkan dosis menjadi 2 mg dengan pengambilan 1 mg setiap pagi dan 1 mg setiap malam. Kata teman akrabku dan farmasist, ubat ini akan membuatkan emosiku tunggang terbalik atau mood swings. Ternyata mood swings itu benar dan di awalnya juga aku merasa sedikit loya dan seakan ingin muntah.. Kepalaku juga terasa berat, seakan dicengkam.

Suksesnya dua teman-temanku yang telah terdahulu meninggalkan tabiat ini, sedikit sebanyak memberikan aku inspirasi untuk melakukannya juga. Terima kasih yang tidak terhingga buat Norly dan Din. Terima kasih juga buat Amalia, Menik dan yang lainnya di Draftfcb Jakarta yang mampu menahan amarah atau emotional rollercoaster yang hanya masuk minggu kedua. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana berkecamuknya emosi ini pada minggu terakhir nanti, semoga tidak terlalu parah.

Semoga aku mampu melakukan perubahan penting dalam hidup ini dan diharapkan kali ini aku akan meninggalkan rokok buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar hidupku akan lebih teratur dan lebih bermakna, Insya Allah!.

Aku ingin jadi manusia yang lebih baik buat diriku, keluargaku, teman-temanku dan mereka yang pernah dan akan terus hadir dalam hidupku. Paling penting buat menguatkan lagi semangat dan kepercayaanku.