Aku seakan diberi petanda atau isyarat untuk melakukan apa yang ingin kulakukan selama ini. Sungguh tidak aku sangka semua ini berlaku terhadapku walaupun di hati kecilku pernah membisikkan agar aku lebih hati-hati. Awalnya aku tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang drastik tetapi akhirnya aku harus melakukan sesuatu.
Malam ini aku akan mengerjakan Solat Istiqarah atau Solat Hajat biar bisa aku membuat keputusan yang benar mengikut petunjuk dari Yang Maha Esa. Semoga Yang Maha Kuasa memberikan aku petunjuk untuk melakukan keputusan yang sesuai kemahuan hatiku yang paling dalam tanpa dendam, tanpa benci dan tanpa ragu demi kebaikanku juga.
Jakarta, 11 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment