Monday, January 11, 2010
Alhamdulillah
Syukur pada yang maha kuasa, paling menyayangi dan mengasihi kerana telah menyampaikan hajatku. Walaupun berita gembira ini telah aku ketahui di penghujung tahun 2009 tetapi secara baru diumumkan secara rasmi hari ini.
Aku ingin berterima kasih juga buat keluarga yang terlalu memahami dan tidak pernah menyekat keinginanku, teman-teman baik yang sentiasa mendukung dan tidak pernah jemu mendengar curhatku selama ini, Ibu Maria yang cukup mendukungku, Bhaskar yang akhirnya memberikan aku kesempatan yang sungguh berharga ini, rakan-rakan sekantor seperti Sony serta timku yang selalu sahaja mengajar aku untuk jadi lebih baik dan sentiasa mendukungku. Buat klien-klienku yang sering memberikan aku peluang untuk menjadi diriku yang sebenarnya dalam setiap urusanku. Tidak lupa juga buat mereka yang tidak pernah jenuh dengan sikapku selama ini.
Semoga tahun 2010 membawa angin perubahan sikap yang sangat aku perlukan untuk terus berbakti kepada perusahaan tempat aku bernaung dan mampu berkarya secara maksimal. Semoga berita gembira ini bisa menyuntik semangat baru dan menjadikan aku lebih bertenaga dan lapar akan kejayaan yang lebih besar.
Memang besar tanggungjawab yang bakal aku pikul tetapi aku rela. Semoga aku akan menjadi lebih dewasa dan mampu melakukan perubahan yang semua harapkan.
Alhamdulillah!
Jakarta, 11 Januari 2010.
11:23 malam wib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment