Dalam hidup ini kita banyak dihadapkan dengan pelbagai persoalan, kemahuan dan kehendak diri dalam soal cinta Dan perasaan. Dalam membuat keputusan tentang perasaan, terutama soal cinta kita kadang-kadang terbawa-bawa oleh gelora jiwa yang kadang tenang dan kadang berkecamuk.
Kita biasanya gagal untuk selalu berfikiran jernih dan tetap dengan pendirian kita kerana sering kali setiap keputusan yang kita ambil selalu saja berubah-ubah mengikut apa yang kita rasa saat itu. Amat payah untuk kita berpegang pada janji diri. Sering kali kita lupa akan perbahasan panjang lebar dengan teman-teman kerana naluri kita berbisik sebaliknya.
Tiada solusi atau jalan penyelesaian untuk kita bendung keadaan atau masalah ini kecuali kita harus kuatkan hati kita Dan terus berpegang pada janji diri yang telah kita buat. Kedepannya kita harus bertawakal dan berdoa agar jalan-jalan kita selalu dirahmatiNya.
Hubungan yang 'toxic' atau yang bersifat 'damaging' harus segera dibenahi supaya tidak mendatangkan musibah di kemudian hari. Memang mudah untuk berkata-kata tetapi amat berat untuk bahu kita memikul. Sebagai teman, kita hanya mampu memberikan pendapat sahaja dan keputusan akhir harus dibuat oleh yang punya badan.
Semoga teman-temanku semua di permudahkan jalan-jalannya, Amin Ya Rabbal Al-Amin!
Kuala Lumpur
26 November 2011
Saturday, November 26, 2011
Friday, November 25, 2011
Life is such...
Memang lumrah hidup, kadang kita merasa indah bahagia dan kadang pula kita merasa hampa, kecewa. Semakin kita membiarkan emosi menguasai diri, semakin sering kita mengalami naik turun emosi atau lebih tepat lagi'emotional roller coaster'. Makanya kita orang Islam dituntut untuk banyak bersabar dan sadar yang ketentuan hidup itu ada di tangan yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang, Dia yang melaksanakan segalanya.
Kata orang 'life is a journey' jadi kita harus menikmati dan bersyukur dengan nikmati yang telah diberikan. Mungkin besok atau lusa kita akan dipanggil untuk perjalanan di alam lain yang kita tidak 'familiar', jadi gunakan setiap peluang yang diberikan untuk melakukan hal-hal baru yang belum pernah kita lakukan atau yang kita tunda atas sebab-sebab yang tertentu. Kita digalakkan untuk sekali-sekali mengambil dan mencuba jalan baru atau 'road less travelled' untuk kita rasakan suasana dan pengalaman yang berbeza.
Hidup juga harus mampu menjadi guru yang berguna untuk masa hadapan kita. Kita harus belajar dari pengalaman lalu untuk hari esok yang lebih baik.
Ada juga yang bilang hidup adalah pilihan. Aku memilih untuk berjuang tentang diriku. Aku tidak pernah memikirkan apa lagi berniat untuk 'mengajar' orang lain tentang hidup. Yang aku mau adalah sedikit pengertian tentang aku, itu saja. Aku tidak meminta sesiapa pun untuk berubah kerana aku tahu perubahan itu payah dan kadang sakit untuk dilaksanakan.
Kita berhak memilih untuk bahagia. Kita harus memilih hanya yang terbaik buat diri kita dan orang-orang yang kita sayangi yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat kita. Aku memilih untuk jujur dan berpandukan landasan yang telah ditetapkan. Kebenaran itu walaupun pahit untuk aku telan tapi akan aku cuba kerana itu semua adalah ketentuan.
Akhir untuk pembukaan...
Kuala Lumpur
25 November 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)