Wednesday, March 31, 2010
Dealova
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih...
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu oh
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yang bisa membuat kutenang
tanpa dirimu aku merasa khilaf dan sepi...
Never tired of this song!
Jakarta, 31 March 2010
Siapa aku sebenarnya?
Kadang-kadang rindu datang lagi memelukku dan aku tidak mahu melepaskanmu walau sebentar. Setelah sekian lama tidak bertegur sapa dan bertemu mesra, aku tidak pernah lupa akan senyum dan gelak tawamu itu yang akan selalu mengiringi kemana saja aku pergi. Tiada siapa yang tahu betapa hancurnya hati ini setelah kau pergi. Betapa ku berharap kau akan pulang lagi membawa seribu cerita perjalanan sebentarmu itu.
Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun, aku masih lagi menanti dan menunggu akan kehadiranmu itu. Sampai saat ini, kau satu-satunya yang bertakhta di hati yang paling dalam. Aku tidak tahu apa sebabnya, mungkin juga kerana kau melengkapi akan segala kekuranganku. Mungkin juga kau membuat aku merasa sungguh istimewa. Mungkin juga kau utusan tuhan buat menduga siapa diriku sebenarnya. Aku pun tak tahu tapi yang pasti, aku semakin merindui saat-saat bersamamu.
Segala cobaan dan dugaan yang pernah kita harungi bersama serasa bagi nikmat, sekarang. Kepedihan jiwa waktu bersama membuatkan aku merasa kaulah belahan jiwaku kini. Setiap kekuranganmu dulu memberikan aku suatu kekuatan. Setiap salahmu dulu adalah cermin kebenaranku buatku sekarang. Siapalah diriku tanpa dirimu. Aku pun tak tahu...
Jakarta, 31 March 2010
8:26 pm
Friday, March 26, 2010
Mumbai Theme Tune http://www.youtube.com/watch?v=Fm-l_zD--j0
Aku baru sahaja berkesempatan membaca plot cerita "Bombay" filem Tamil yang telah puluhan tahun ditayangkan di India. Filem ini cukup kontroversi kerana membawakan tema percintaan beza agama, antara lelaki Hindu dan gadis Muslim. Sebenarnya aku telah jatuh cinta pada musik "Mumbai Theme Tune" yang ada di dalam CD kompilasi Cafe Del Mar Chillout yang sudah aku miliki lebih dari 10 tahun dahulu sewaktu menetap di Kuala Lumpur. Setelah berpindah ke Jakarta kurang lebih tujuh tahun dahulu, lagu ini sering menemani hari-hari dan juga malam-malamku di kala aku merasa rindu pada keluarga dan teman-temanku di Malaysia. Melodi ciptaan A.R.Rahman sangat menyentuh perasaanku dan kerana aku tidak tahu banyak tentang musik, aku tidak mampu untuk komentar soal teknikal tetapi menurutku melodi cukup lagu ini cukup 'berhantu'. Lagu ini seakan menggambarkan hidupku yang sedikit melankoli, puitis, sedih mendayu dan penuh drama.
Walaupun aku belum pernah menonton filem "Bombay" tetapi aku memang berhasrat untuk menontonnya jika ada kesempatan namun aku merasakan "Mumbai Theme Tune" seakan lagu tema hidupku walaupun pengalaman hidupku tidak seperti plot filem tersebut. Tiap kali aku mendengar lagu ini kala sendirian, dapat aku rasakan segala macam campur baur perasaan yang pernah aku alami dan lalui selama ini; ada rasa rindu yang memanggil-manggilku, juga kecewa dan rasa hampa, rasa sedih yang paling mendalam, juga harapan yang mengebu-gebu dan semuanya akan baik-baik sahaja.
Jakarta, 26 March 2010
11:25 PM

Sunday, March 21, 2010
Aku semakin lesu...
Sejak akhir-akhir ini, hari Sabtu dan Minggu banyak aku habiskan dengan beristirehat atau tidur. Aku sendiri tidak tahu kenapa badan ini sepertinya lesu tiap kali hujung minggu menjelma. Mungkin juga karena terlalu banyak beban perkerjaan yang terpaksa aku tanggung atau mungkin kerana usiaku semakin meningkat.
Minggu lepas, aku hanya keluar dari rumah pada jam 8 malam dan itupun kerana terpaksa. Aku harus melakukan sedikit perubahan dalam gaya hidup aku dan semuanya akan aku pantulkan sebaik mungkin.
Apakah aku harus pulang ke Malaysia untuk memulakan gaya hidup sehat atau aku boleh sahaja melakukan perubahan itu di sini.
Jakarta, 23 March 2010.

Wednesday, March 3, 2010
Biarkan saja
Subscribe to:
Posts (Atom)