Aku baru sahaja berkesempatan membaca plot cerita "Bombay" filem Tamil yang telah puluhan tahun ditayangkan di India. Filem ini cukup kontroversi kerana membawakan tema percintaan beza agama, antara lelaki Hindu dan gadis Muslim. Sebenarnya aku telah jatuh cinta pada musik "Mumbai Theme Tune" yang ada di dalam CD kompilasi Cafe Del Mar Chillout yang sudah aku miliki lebih dari 10 tahun dahulu sewaktu menetap di Kuala Lumpur. Setelah berpindah ke Jakarta kurang lebih tujuh tahun dahulu, lagu ini sering menemani hari-hari dan juga malam-malamku di kala aku merasa rindu pada keluarga dan teman-temanku di Malaysia. Melodi ciptaan A.R.Rahman sangat menyentuh perasaanku dan kerana aku tidak tahu banyak tentang musik, aku tidak mampu untuk komentar soal teknikal tetapi menurutku melodi cukup lagu ini cukup 'berhantu'. Lagu ini seakan menggambarkan hidupku yang sedikit melankoli, puitis, sedih mendayu dan penuh drama.
Walaupun aku belum pernah menonton filem "Bombay" tetapi aku memang berhasrat untuk menontonnya jika ada kesempatan namun aku merasakan "Mumbai Theme Tune" seakan lagu tema hidupku walaupun pengalaman hidupku tidak seperti plot filem tersebut. Tiap kali aku mendengar lagu ini kala sendirian, dapat aku rasakan segala macam campur baur perasaan yang pernah aku alami dan lalui selama ini; ada rasa rindu yang memanggil-manggilku, juga kecewa dan rasa hampa, rasa sedih yang paling mendalam, juga harapan yang mengebu-gebu dan semuanya akan baik-baik sahaja.
Jakarta, 26 March 2010
11:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment