Monday, May 3, 2010

Paris


Kota cantik ini aku lawati buat kali kedua setelah 10 tahun berlalu. Tidak banyak yang berubah di sini, kotanya masih tetap cantik seperti 10 tahun dahulu. Aku sedikit terkejut dengan keadaan kota Paris yang tidak banyak berubah ini. Tidak seperti kota-kota besar di Asia yang banyak mengalami perubahan dalam kiraan bulan ataupun tahun.

Mungkin yang berubah di sini bukan gedung-gedungnya tetapi sikap orang-orangnya yang telah mulai banyak berbahasa Inggeris. Menurutku ini suatu petanda yang baik kerana kita semua harus sanggup belajar sesuatu yang baru untuk kepentingan diri dan juga orang lain. Melawat Paris tidak lagi 'menyusahkan' kerana bahasa bukanlah lagi masalah.

Hari ini, aku merasa sedikit sedih atas keadaan sebuah arked di Champs Elysees yang kelihatan agak terbiar dan McD tidak lagi menjual Strawberry Milk Shake kegemaranku. Cuaca di Paris juga tidak menentu, sering hujan dan agak sejuk untuk musim semi.

Ada dua hari lagi untuk aku menyelami kota Paris dan aku tidak tahu kapan lagi aku akan ke sini. Semoga aku masih berkesempatan lagi untuk kesini dan menikmati kota Paris yang cantik ini!

Paris, 3 May 2010

No comments: