Tuesday, July 5, 2011

What's next?

Sudah tiba masanya aku memulakan usaha sendiri daripada terus makan gaji dan menjadi hamba orang lain. Beruntunglah kita kalau mendapat atasan yang baik dan durjanalah hidup kita kalau bos kita adalah seorang yang amat mementingkan diri sendiri.

Mungkinkah ini suatu panggilan dalam diri untuk tidak takut membuat keputusan yang sesungguhnya maha berat buat meninggalkan comfort zone. Aku yakin akan memberikan 200% fokus, komitment dan tenaga untuk menjadikan usaha ini satu kejayaan.

Aku benar-benar berharap agar berani memulakan sesuatu, walaupun kecil. Semoga saja, teman-temanku akan menyokong dan membantu mewujudkan cita-cita murniku ini.

Aku yakin hati kecil ini sudah bersedia melakukan perubahan ini. Semoga berjaya, Amin!


Jakarta, 5 Julai 2011

No comments: