Tuesday, January 17, 2012

2012

Apakah tahun ini aku akan kembali lagi ke Jakarta untuk kali kedua? Sejujurnya, untuk sementara ini hatiku masih berbelah-bagi antara mau meneruskan kehidupan yang baru saja aku rasakan di Kuala Lumpur atau memulakan sesuatu yang baru di Jakarta, kota yang cukup kukenali semenjak 8 tahun yang lalu.

Angin perubahan semakin terasa, secara profesional atau yang lebih bersifat personal. Aku sememangnya cukup tahu dengan apa yang aku tidak mahu Dan perubahan kecil yang harus aku lakukan dalam hidup hidup ini. Aku tidak mahu lagi menjadi 'hamba' kerja seperti yang aku alami dan rasakan selama 20 tahun yang lalu. Cukuplah aku 'dipermainkan' oleh mereka yang hanya pentingkan diri sendiri. Biarkan mereka melakukan apa yang mereka lakukan terhadap diri ini tetapi aku berjanji untuk tidak melakukan ha yang sama terhadap rang lain. Bagiku, setiap pemainan itu harus dimainkan dengan adil dan saksama atau secara 'fairplay'.

Aku berjanji untuk tidak 'menyiksa' diri dan minda ini lagi dengan 'overworked'. Makanya aku mengambil masa yang agar lama dan lebih berhati-hati dengan 'career move' kali ini. Aku berjanji pada diri ini untuk tidak mahu bergabung dengan mana-mana advertising agency lagi. Aku merasakan yang diri ini sudah bersedia untuk 'membina' suatu brand yang lebih baik lagi.
Buat sementara waktu ini ada dua peluang yang cukup menarik, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Jakarta. Aku masih menunggu kedua-dua tawaran tersebut sebelum membuat keputusan.

Secara personal, aku inginkan kehidupan yang 'balance' antara jiwa dan minda yang lebih tenang, keadaan fizikal yang lebih 'fit' kerana mampu melakukan fitness secara regular serta makan makanan yang lebih sehat dan seimbang. Tiada perubahan drastik tentang famili, aku bejanji untuk semakin membuka diri ini buat mereka. Ada beberapa teman-temanku yang semakin lama semakin jauh dariku dan itu bukan kehendak diri ini tetapi kerana terpaksa. Tidak aku sesali walau seikitpun dengan apa yang telah terjadi. Semuanya aku anggap sebagai suatu takdir dalam hidup ini dan aku redha dengan setiap ketentuan yang Maha Esa.

Semoga saja perjalanku kehadapan akan lebih mulus, tenang, dipermudahkan, sentiasa dibawah rahmatNya dan lebih teruja.

Jakarta, 18 Januari 2012
Plaza Indonesia

No comments: