Setelah sekian lama bertungkus lumus mengejar cita-cita dan impian masa lebih dari 20 tahun lamanya, aku sudah bersedia untuk menikmati hidup ini seadanya. Dua bulan terakhir ini banyak membuka mataku untuk melihat dan merasakan pengalaman baru pada sisi lain kehidupan.
Aku percaya semuanya terjadi kerana itu adalah rencana dari yang Maha Kuasa, atau kata teman-teman terdekat "it happened for a reason". Aku melalui hari-hariku dengan 'exercise' di gym atau sekadar berenang di pagi hari. Untuk beberapa minggu ini aku terpaksa 'melupakan' seketika kegilaanku berlari kerana masalah di kakiku.
Sesudah 'fitness' aku biasanya akan makan siang dengan Gerrie dan Nazli. Banyak yang kami bualkan sayugia sudah lebih lapan tahun kami tidak berpeluang makan siang bersama setelah aku berhijrah ke Jakarta. Kami sekarang mengamalkan 'diet' untuk menurunkan berat badan atau mencapai bentuk badan yang ideal sesudah memiliki 2 anak atau sekadar kerana tidak menjaga badan dek tuntutan profesi.
Biasanya makan malam adalah 'home cooked meals' tanpa karbohidrat. Makanan yang kumasak sekarang lebih simple dan biasanya ikan atau ayam serta sayur sahaja. Tidak ada lagi masakan dengan santan dan alhamdulillah berat badanku sudah kembali normal.
Sesungguhnya menjalani hari-hariku kedepan, akan aku isi dengan senaman rutin, pemakanan dengan diet yang lebih seimbang, mensyukuri setiap detik hidup yang telah dibeikan dan kerja
hanyalah hobi semata-mata.
Mungkin kah rezekiku kali ini juga akan membawa aku melangkah jauh lagi? InsyaAllah kita tunggu dan lihat perkembangan dalam bulan ini.
Kuala Lumpur
7 Januari 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment