Thursday, January 29, 2009

Bukan Kerana Wang


Aku masih ingat pesan temanku, Ravi: "Jangan sesekali bekerja hanya untuk mendapat wang yang banyak kerana wang tidak akan pernah cukup". Waktu itu aku masih muda dan mentah dalam advertising dan seperti mendapat suatu amanat, aku telusuri jalan-jalan berliku dunia advertising tanpa memikirkan soal gaji yang besar atau wang yang banyak. Alhamdulillah, walaupun gajiku tidak way above standard, aku juga diberi rahmatNya berupa pengiktirafan, dalam bidang penulisan.

Tanpa aku sedari, keyakinan aku untuk menulis dengan lebih baik semakin membuak. Ternyata nasihat Ravi membuka hatiku untuk menulis bukan kerana wang tapi kecintaan terhadap bahasa ibundaku.

Lima tahun lalu, aku bersetuju untuk pindah ke Jakarta dengan niat mempertajamkan lagi ilmu advertising, belajar menulis dengan lebih baik lagi serta memulakan hidup baru di negeri orang. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan sekarang aku sudah lima tahun tinggal dan bekerja di Jakarta dan mulai bertanya pada diriku, apa saja yang aku telah capai selama di sini?

Apakah aku akan semakin 'rakus' tentang wang yang banyak atau masih seperti dulu, hanya waktu yang bakal menentukan. Semoga aku tidak leka dalam mengejar nikmat duniawi sehingga aku lupa siapa aku sebenarnya.

Tuesday, January 20, 2009

Syukurlah!


Alhamdulillah! Hari ini sepertinya hokiku bertambah kerana presentasi pertama dengan klien baru lancar dengan empat ide terpilih untuk dikembangkan ke storyboard. Walaupun Rate Card yang disetujui tidak seperti yang kami ajukan tetapi keadaan ini membukakan peluang untuk kita menjadi lebih entrepreneurship.

Meeting kedua tadi siang juga positif, storyboard dan costing untuk TV campaign baru juga ada feedback yang menyenangkan walaupun kita harus menunggu keputusan research terlebih dahulu.

Sebentar lagi kami akan berangkat ke VHQ untuk offline dan semoga resultnya positif juga. Semoga semuanya berjalan lancar dan tahun 2009 adalah tahun yang baik buat karirku. Amin!

Sunday, January 18, 2009

Kangen


Kangen atau rindu dalam Bahasa Malaysia seringkali dipakai untuk ekspresikan perasaan seseorang terhadap orang lain atau pada satu tempat, peristiwa dan kenangan yang pernah dilalui bersama.

Sekarang ini, aku semakin kangen atau rindukan Kuala Lumpur dan teman-temanku di sana kerana terakhir kali aku bertemu dan bersenda gurau dengan mereka sewaktu Hari Raya Puasa bulan Oktober dulu.

Aku berencana untuk pulang hujung minggu bersempena dengan cuti hari Isnin tetapi banyak yang harus aku lakukan atau aku merasa bersalah kerana baru sahaja pulang dari Bali.

Kita lihat sahaja nanti samada aku akan mengambil cuti hari Jumaat dan Selasa minggu berikutnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Thursday, January 15, 2009

Post Holiday Syndrome!


Berat rasanya mau bangun pagi-pagi untuk masuk kerja dan asyik terbayang-bayang pantai Padang-padang dan Geger yang damai dan sungguh menyenangkan. Terfikir juga untuk terus 'cuti panjang' tapi kerana tanggungjawab aku terpaksa melupakan hasrat itu buat sementara.

Aku sendiripun tak tahu, berapa lamakah lagi keadaan ini akan berlanjutan. Yang pasti seiring dengan kesibukan harian dan pelbagai isu yang harus diselesaikan, aku pasti akan kembali kepada keadaan sebelum cuti. Pintaku, keadaan akan lebih mudah dan menyenangkan untuk tahun 2009.

Suatu hari nanti aku ingin membina rumah percutianku di Bali, insya-Allah kalau ada rezeki lebih. Rumah keluarga akan selesai dan aku akan mulai membuat renovasi kondoku di Kuala Lumpur dan mulai mencari tanah yang sesuai di sekitar Bali.

Aku impikan rumah dari kaca dan kayu yang simple dengan konsep terbuka yang menghadap laut biru seluas saujana memandang dan di kelilingi hutan hijau yang menyejukkan. Rumah ini akan menjadi tempat aku beristirehat bila kepenatan, berkreasi jika ada inspirasi dan merapatkan tali silaturrahim dengan keluarga dan teman-teman.

Tak salah kalau kita bermimpikan? Lagipun ini baru minggu pertama aku bekerja setelah liburan panjang. Semoga impian ini akan terlaksana, Amin!

Wednesday, January 14, 2009

Alhamdullilah


Hari ini hari pertama kami present new ideas buat klien baru kita dan syukur kehadrat Illahi, ianya berjalan lancar, alhamdulillah!

Semoga kedepannya, semua presentasi akan selancar ini. Aku berharap agar semangat yang ditunjukkan oleh tim ini tidak akan berkurang walau banyak rintangan yang akan kami tempuh di masa hadapan.

Alhamdulillah atas rahmatMu!