Sunday, January 18, 2009

Kangen


Kangen atau rindu dalam Bahasa Malaysia seringkali dipakai untuk ekspresikan perasaan seseorang terhadap orang lain atau pada satu tempat, peristiwa dan kenangan yang pernah dilalui bersama.

Sekarang ini, aku semakin kangen atau rindukan Kuala Lumpur dan teman-temanku di sana kerana terakhir kali aku bertemu dan bersenda gurau dengan mereka sewaktu Hari Raya Puasa bulan Oktober dulu.

Aku berencana untuk pulang hujung minggu bersempena dengan cuti hari Isnin tetapi banyak yang harus aku lakukan atau aku merasa bersalah kerana baru sahaja pulang dari Bali.

Kita lihat sahaja nanti samada aku akan mengambil cuti hari Jumaat dan Selasa minggu berikutnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

No comments: