Thursday, January 29, 2009
Bukan Kerana Wang
Aku masih ingat pesan temanku, Ravi: "Jangan sesekali bekerja hanya untuk mendapat wang yang banyak kerana wang tidak akan pernah cukup". Waktu itu aku masih muda dan mentah dalam advertising dan seperti mendapat suatu amanat, aku telusuri jalan-jalan berliku dunia advertising tanpa memikirkan soal gaji yang besar atau wang yang banyak. Alhamdulillah, walaupun gajiku tidak way above standard, aku juga diberi rahmatNya berupa pengiktirafan, dalam bidang penulisan.
Tanpa aku sedari, keyakinan aku untuk menulis dengan lebih baik semakin membuak. Ternyata nasihat Ravi membuka hatiku untuk menulis bukan kerana wang tapi kecintaan terhadap bahasa ibundaku.
Lima tahun lalu, aku bersetuju untuk pindah ke Jakarta dengan niat mempertajamkan lagi ilmu advertising, belajar menulis dengan lebih baik lagi serta memulakan hidup baru di negeri orang. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan sekarang aku sudah lima tahun tinggal dan bekerja di Jakarta dan mulai bertanya pada diriku, apa saja yang aku telah capai selama di sini?
Apakah aku akan semakin 'rakus' tentang wang yang banyak atau masih seperti dulu, hanya waktu yang bakal menentukan. Semoga aku tidak leka dalam mengejar nikmat duniawi sehingga aku lupa siapa aku sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment