Friday, July 10, 2009
Kasihanilah Aku!
Perasaan yang tidak pasti, semacam ada perasaan takut dan cemas. Semakin hari semakin gelisah perasaanku mungkin persiapan belum cukup lagi. Aku mohon semoga perjalanan ini nanti mudah dan menyenangkan tanpa banyak dugaan yang berat-berat.
Semoga perjalanan ini menjadikan aku seorang yang lebih sabar dan tiada dugaan yang akan memicu aku menjadi seorang yang pemarah. Semoga segalanya nanti mampu membuka mata dan hati aku untuk menjadi insan yang lebih baik dan beriman.
Perasaan takut dan cemas kerana aku menyedari terlalu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku selama ini atas segala perilaku dan kata-kata yang aku lakukan dan ucapkan secara sedar atau tidak sedar.
Maafkan dan ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan, aku tahu aku tidak mampu memutar kembali waktu yang berlalu namun aku berharap KAU memaafkan aku, insan kecil yang kadang-kadang sesat dalam perjalanan ini.
Terangilah jalan-jalan kedepanku, rahmatilah tiap langkahku dan jadikan aku ini insan kerdil ini seorang yang sopan dan santun kepadaMu, RasulMu yang juga Rasulku dan sesama manusia.
Rahmatilah perjalananku yang kuharapkan masih lama lagi! Berikan aku waktu untuk mulai berbakti tanpa aku sedari kerana aku takut akan terpelesong arah lagi ya Allah. Jauhkan aku dari dugaan yang maha berat kerana aku insan yang amat lemah dan tak berdaya. Kuatkan imanku dan berilah aku hidayahMu semoga aku berjalan di jalanMu yang lurus di didunia yang fana ini dan diakhiratmu yang kekal itu. Tempatkan aku bersama-sama orang yang Kau kasihi. Amin!
Jakarta, 10 Juli 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment