Thursday, June 24, 2010

Rembulan


Hadirmu bak rembulan purnama
walau cuma seketika
namun kilauanmu buatku terpesona
hampir terlena aku seketika.

Walau hadirmu hanya sementara
hilang semua kecewa
pergi segala sengsara
terbuai aku dalam peluk mesra.

Kaulah rembulanku paling indah
membuat hatiku selalu bercahaya
dan malam-malamku semakin indah
kerana aku yang terpesona.

Walau hadirmu cuma seketika
tidak akan aku rela
kau pergi begitu saja
semoga kita bahagia.

Jakarta, 24 June 2010
Lyrics for Norly

No comments: