Wednesday, December 17, 2008

Masih single?


Itulah pertanyaan yang paling kerap ditanya untuk seorang lelaki atau wanita yang berusia 25 tahun ke atas. Pertanyaan itu menjadi pertanyaan yang semakin menyiksakan bila usia sudah mencecah angka 30.


Bila nak kahwin? Pertanyaan ini tetap harus dijawab terutama di majlis-majlis keluarga besar seperti majlis perkahwinan, saat yang tepatkan? Bagi yang pernah melalui pengalaman seperti ini dan masih harus menjawab pertanyaan yang sedemikian, kita sudah tidak punya apa-apa alasan lagi kecuali 'belum ada jodoh lagi'.


Itu merupakan jawapan yang jujur, setidaknya kerana kalau kita sudah bertemu jodoh kita, pastilah kita tidak 'single' lagi dan sudah bernikah kan?


Mungkin kerana masyarakat kita yang terlalu 'mengambil berat' soal orang lain, pertanyaan demi pertanyaan diajukan walaupun kita sudah bernikah seperti; bila nak dapat anak? Anak you dah besarkan, bila nak tambah lagi satu? dan pertanyaan itu tidak akan pernah berhenti. Pertanyaan itu bisa datang dari keluarga kita sendiri, teman-teman kita dan juga orang-orang yang kita tidak berapa kenali yang ingin mengenali kita...mungkin.


Buat masa sekarang, aku masih perlu menjawab that one million dollar question!

No comments: