Tuesday, December 16, 2008

Seribu tahun akan kutunggu!



Ku doakan dunia kita lebih indah
tiada huru-hara
Ku rindukan hari-hari bahagia
tiada nestapa

pada yang tewas,
semoga kamu sentiasa dalam damai

Pada yang menderita,
kesatlah airmatamu,
Kerana perjalanan ini terlalu singkat
Untuk kita terus menangis

pada yang terluka,
gagahlah merintang waktu
Menanti dan terus menunggu
Damai yang indah itu
Walau dalam ragu
Jua dalam sendu
Meskipun seribu tahun lagi

September 9, 2004
after the bombing in Kuningan, Jakarta

No comments: