Kalau dilihat secara mata kasar, kita pasti merasakan kita telah diberi banyak pilihan dalam hidup ini, tinggal tepuk dada dan tanya selera sahaja! Kalau direnung dengan lebih mendalam lagi, pilihan itu sebenarnya cukup terbatas bila kita mulai memilah dan menilai berdasarkan keinginan kita, kepercayaan dan norma masing-masing.
Kadang-kadang kita membuat sesuatu pilihan tanpa mengambil berat soal kemahuan diri sendiri mungkin kerana ingin menjaga hati pihak lain. Pilihan yang kita ambil itu mungkin mampu 'menyelamatkan' keadaan buat sementara tetapi dalam jangka waktu yang panjang kita pula yang mungkin terbakar.
Buatlah pilihan untuk diri kita sendiri kerana kita juga yang akan menghadapi segala konsekuensi di atas pilihan kita tadi.
Aku memilih untuk hidup dengan caraku berlandaskan kepercayaanku!
No comments:
Post a Comment