Monday, December 19, 2011

Maaf kutolak cintamu...

Melangkahi rentetan silam
Bagai menuba lubuk perasaan
Dan meracuni sekeping hati
Kembara sepi dan gersang
Semuanya kerana kau

Tak mungkin kukenang lagi
Hati yang berdarah
Perlu apakah lagi
Kau hadir di sini
Kerana bukan di penjuru ini...hatimu
Bukan di sudut ini...ruangmu

Hati ini sudah lama tertutup
Dan sudah lali pada kesepian

Maaf
Kasihmu tidak dapat kusambut
Maaf
Hatimu tidak mampu kuusapi
Terima kasih sekali lagi
Atas kehadiranmu
Dan maaf kutolak cintamu

Pasrahku bukan lagi padamu
Rinduku bukan lagi milikmu
Hatiku bukan lagi hakmu
Helaan nafasku bukan lagi mendesiskan namamu
Langkah kakiku bukan lagi untukmu

Hanya untuk yang Satu!

This was written in October 1988

Kuala Lumpur 2011

No comments: