Tuesday, August 21, 2012
Hidup yang semakin indah, insya Allah!
Bermacam kejutan berlaku dari hari ke sehari. Situasi seperti ini sememangnya menjadikan aku berfikir tentang kenyataan hidup dan aku semakin bersyukur diberi tantangan dan cabaran untuk aku lebih menghargai erti sebenar hidup ini.
Kalau dulu, aku sering merungut tidak mendapat kepuasan dari kerjaku tapi kita keadaan telah berubah. Jujur saja aku masih berhati-hati dalam soal kewangan kerana sempat tidak bekerja selama enam bulan. Masalah finansialku di harapkan akan tambah membaik setelah aku selesaikan hutang renovasi kerana ada tambahan bajet dari kontraktorku.
Apabila semua ini selesai, aku akan melakukan sedikit perubahan dalam menguruskan aspek finansial aku kali ini. Aku akan mula menabung di ASB dan Tabung Haji dan seterusnya membeli insurans kesihatan untuk hari tua nanti. Semoga saja semua rencana ini akan berhasil dan semoga saja aku akan sihat-sihat saja sampai ku menutup mata, Amin YRA!
Desa Damansara
3 Syawal 1433H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment