Tuesday, August 21, 2012

Rumah kita

Kita yang tinggal di negeri asing akan pulang ke rumah setiap ada kesempatan. Biasanya di musim-musim perayaan seperti sekarang kita akan berdurung-duyung pulang ke kampung halaman kita semua. Aku juga tidak terkecuali pulang ke rumahku di Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya tahun ini. Aku sempat berpuasa Ramadhan selama dua hari dan masih menjalankan puasa enam yang hari ini memasuki hai ke tiga. Insya Allah aku akan menyambut raya enam pada hari Ahad minggu depan, sehari sebelum aku melangkah pulang ke Jakarta. Hari Raya tahun ini semakin kurang bermakna bila mana teman-teman lama semakin berkurang. Pertemuan Hari Raya yang biasa diadakan dan cukup meriah kini ternyata semakin sepi. Rumah kita kini kian lama kian sepi dan tiada bercahaya. Mungkin ini adalah lumrah dan tuntutan dunia dan sudah tiba masanya kita semua merayakan Hari Raya bersama-sama keluarga kecil kita semua di rumah kita yang kina bina sendiri. Semoga rumah kita semua akan bertambah meriah dengan hilai tawa dan penuh dengan kasih sayang. Allahualambissawab! Desa Damansara 22 Ogos 2012 4 Syawal 1433H

No comments: