Sunday, August 19, 2012

Semua ini hanya sementara

Terlalu banyak ujian dan cabaran yang aku lalui selama ini. Mungkin dulu aju anggap itu semua sesuatu kesusahan yang ditimpakan terhadap diriku kerana perbuatan salah yang telah aku lakukan. Setelah lama berkelana di dunia yang fana ini dan setelah jauh kaki ini melangkah ke negeri orang, aku seakan mengerti yang segala cubaan dan cabaran itu memang mengajar kita untuk lebih berhati-hati di masa hadapan. Ianya tidak ada kaitan dengan perbuatan salah yang kita lakukan. Semuanya sudah rencana dan Dialah yang mengatur segala-galanya sesuai perintahNya. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha semoga jalan-jalan kita seterusnya mudah dan menyenangkan. Jangan terlalu serius dalam melalui hidup ini dan jangan takut untuk mentertawakan diri sendiri. Aku dulunya dibilang takut untuk gagal tetapi aku sekarang tidak takut lagi, aku menjalani semaunya sesuai keinginanku tanpa ada pihak lain yang memaksa aku melakukan keputusan yang besar atau kecil dalam hidup ini. Aku meneruskan sisa-sisa hidupku yang hanya tinggal sedikit ini dengan satu keinginan untuk melalui hari-hari mendatang dengan senyum tanda kebahagiaan. Aku ingin melakukan satu hal baru setiap bulan kalau bukan setiap minggu ataupun hari. Akan aku ingatkan diri ini untuk mencatat segala yang baru itu agar aku lebih menghargai hidup ini dan mereka yang hadir dan bakal aku temui kedepannya. Permudahkan segala urusan-urusanku dan terangilah jalan-jalanku, Amin! Kuala Lumpur 2 Syawal 1433H First day of puasa 6

No comments: