Aku tidak akan berharap terlalu banyak. Seiring dengan usiaku yang semakin bertambah dengan harapan aku semakin matang dalam menentukan arah hidupku. Setelah bertahun-tahun mencari-cari siapa diriku sebenarnya, aku semakin selesa bukan sekadar dengan warna kulitku tetapi juga dengan apa yang aku rasakan di dalam.
Yang ku harapkan tahun 2010 akan menjadi tahun yang terbaik pernah aku lalui. Aku berharap yang terbaik buat semuanya yang bersifat lahiriah dan yang tak terlihatkan. Semoga imanku semakin kuat, rasa cintaku semakin mendalam, kasih sayangku yang semakin menebal, kesihatan yang prima dan perjalanan karier yang makin utuh.
Aku bersyukur dengan apa yang telah diberikan sepanjang usiaku ini. Sebagai manusia aku hanya mampu berharap. Semoga yang maha kuasa akan memudahkan jalan-jalanku ini, Amin!
Bali, 29 December 2009
6:39 pm
Tuesday, December 29, 2009
Monday, December 14, 2009
2009 yang berkesan
Pejam celik, pejam celik tahun 2009 sudah sampai ke penghujungnya. Tidak terasa 351 hari telah berlalu. Macam-macam telah terjadi tahun ini, ada hari-hari yang manis, yang pahit, yang sedih, yang menyenangkan dan tidak kurang pula hari-hari yang berlalu tanpa kesan.
Awal tahun 2009 aku lalui dengan teman-teman akrab dari Jakarta seperti Kristy, Irna, Sashie, Bintang dan Dhani yang datang ke Bali untuk meraikan ultah Kristy. Aku mulai mengenali Nungki di Bali. Penghujung tahun ini, aku akan ke Bali lagi dengan Norly, Ayin, Nazli dan Tatul, teman-teman istimewa aku dari Kuala Lumpur dan Norly sudah berhijrah ke Perth Australia sejak 9 tahun lalu.
Rumah keluarga yang aku bangunkan tahun 2008 telah siap, Alhamdulillah. Kami sekeluarga sudahpun melakukan doa selamat dan tahlil buat almarhum Mek, Che, Kak Ani, Lat, Tok Wan, Tok Ayah, Pak Cik Soh dan Mok Doh Ali. Yang aku harapkan agar rumah ini akan jadi rumah yang penuh keberkatan dan jauh dari sebarang sengketa sampai bila-bila walaupun generasi lama sudah tiada.
Berita kematiabn Datin Yasmin Ahmad sungguh mengejutkan semua baik si Malaysia dan Indonesia. Twitter pertama yang aku terima memaklumkan yang beliau telah meninggal. Beliau meninggal beberapa hari sebelum aku berangkat menunaikan Umrah buat pertama kalinya. Salina dan Suhaila membuat majlis doa selamat dan tahlil di rumahnya dan kami sama-sama mendoakan agar roh almarhum Datin Yasmin dirahmati Allah yang Maha Esa.
Perjalananku ke Tanah Suci Mekah dan Madinah merupakan perjalanan yang sangat berkesan dalam hidupku. Air mata bercucuran saat pertama kali melihat Kaabah, aku merasakan diri ini terlalu kecil dan mengambil setiap kesempatan yang ada untuk memohon keampunan dan redha Allah swt. Tidurku yang paling nyenyak adalah tidur 1 jam di Masjidil Haram sambil menunggu masuk waktu solat subuh. Aku 'merasakan' seperti dilahirkan kembali, di usia 40 tahun! Semoga aku di berikan kesempatan serta mampu melakukan Umrah dan Haji setiap tahun, Amin!
Banyak teman-teman baru yang aku kenali dalam perjalanan ini. Terima kasih Mbak Dian, Mbak Wani, Mbak Mano, Non, Mbak Citra, Mas Yudi dan Om Oggy yang telah sudi membantuku sepanjang perjalanan ke Tanah Suci. Semoga kita akan terus menjadi teman walaupun kita sudah jalan bertongkat.
Tahun ini belum lagi menjadi tahun keramat buat temanku yang berharap untuk menikah. Semoga tahun 2010 membukakan hati dia untuk menerimamu sepenuhnya, baikmu dan juga kejelekkanmu. Tahun ini adalah tahun bahagia buat anak saudaraku Muin yang telah di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya dan begitu juga Reza yang telah menikah dengan Carrie. Semoga kalian berbahagia hingga ke anak cucu, dunia dan akhirat, Amin!
Aku berharap agar tahun 2010 akan memberikan kebahagiaan buat kita semua dan segala impian dan harapan kita akan menjadi kenyataan. Semoga negaraku dan negara tempatku mencari rezeki sentiasa aman makmur dan berlimpahan rezeki.
Aku memohon kepada yang Esa agar perjalananku akan sentiasa dirahmatiMu dan permudahkan setiap langkahku di dunia dan akhirat.
Jakarta, 14 December 2009. 19:25 wib
Thursday, December 3, 2009
Jakarta yang kelam
Desember yang muram
membuat hatiku jadi buram
dan perasaanku menjadi semakin kusam
Jakarta semakin kelam
Setiap kali Desember datang
aku jadi tidak karuan
apakan kerana aku kepenatan
sebelum sampai ke penghujung tahun
Desember yang kelam
membuat hatiku tambah bimbang
pada hari-hari mendatang
takut tiada haluan
hilang pedoman.
Jakarta, 3 Desember 2009. 6:05 pm
Wednesday, November 25, 2009
Malam yang panjang...
Semakin lama semakin aku merasakan hari-hariku berlalu laju. Baru semalam rasanya kita merayakan hari raya haji dan besok sekali lagi kita akan menyambutnya kembali. Kebelakangan ini kurasakan 365 hari berlalu pergi dengan cepat sekali. Apakah kerana kesibukan, kita merasa baru semalam kita alami hari yang sama di tahun lalu?
Sewaktu kita masih kecil hari-hari serasa bergerak dengan perlahan sekali. Terkadang malam terlalu panjang demi menanti hari esok yang selalunya penuh dengan seribu keasyikan dan petualangan yang seru.
Sewaktu kuliah, cuti semester di kampung terasa panjang sekali kerana rindukan kehebohan kota dek kesunyian di desa. Waktu itu, pulang kampung cukup sekadar memenuhi syarat untuk bertemu ayah ibu, adik kakak, abang dan saudara mara sahaja. Macam-macam alasan untuk pulang ke kota ; 'summer school' dengan alasan biar cepat dapat ijazah, buat 'part time' sebab nak cari duit lebih buat jalan-jalan untuk cuti semester yang akan datang. Seronok rasanya melalui hari-hari yang baru dan berlainan dengan teman-teman yang lebih mengerti perasaan kita. Lepas bebas dari tanggungjawab buat seketika. Kalau di fikirkan kembali aku tak perlu kerja 'part time' kerana gaji yang dibayar juga kecil sekali dan yang mampu aku beli hanya CD musik bukan buat beli tiket ke Pulau Pinang atau Langkawi pun! Tak apalah, paling tidak aku belajar untuk berdikari dan kerana itulah aku menjadi aku seperti hari ini.
Masih ku ingat lagi percutian pertama aku ke Langkawi dengan Asri, Su dan Pak Ya.Kami nekad sekali ke sana waktu Langkawi awal-awal dipromosikan sebagai pulau percutian oleh Tun Dr Mahathir. Kami menaiki keretapi dengan tiket murah sebagai student. Perjalanan yang panjang, melelahkan dan tidak pernah mengomel soal keselesaan. Masing-masing membawa 'backpack' dengan keperluan yang serba minimal sahaja. Pengalaman menaiki feri berkuasa tinggi bagaikan suatu 'luxury' setelah semalaman di gerbak usang tanpa 'aircon'. Bila memijakkan kaki di Pantai Cenang, hilang segala penat perjalanan dan berbaloi sekali rasanya meninggalkan Kuala Lumpur. Menginap di pondok kayu tepi pantai serasa seperti tinggal di vila berbintang lima. Deru ombak menemani obrolan kosong malam hari bagaikan musik indah mendamaikan. Deru angin yang menerpa dan membelai serasa lembut dalam kehangatan persahabatan kami.
Makanpun ala kadar sahaja tetapi pertama kali menikmati mee kocok Langkawi terasa seakan kita sudah begitu akrab dengan Langkawi, pulau helang hasil wawasan Tun Dr. Mahathir untuk mempromosikan 'domestic tourism'. Thank you Tun Mahathir! I'm very proud to be Malaysian because of you. You thought me to explore my utmost potential. I think I can go far. Aku berjanji akan selalu menjaga tata susilaku sebagai anak Malaysia dan tidak akan mencemarkan nama Malaysia dengan sengaja.
Sebagai remaja yang semakin meningkat dewasa, banyak hal dan gejolak perasaan yang harus kita lalui. Su mengambil kesempatan itu untuk 'membuang' jauh-jauh perasaan yang sedang tumbuh mekar buat seseorang. Mengingatkan hal itu, aku jadi tersenyum sendirian. Asri adalah ketua kumpulan kami dan tanpa Asri aku tidak mungkin mampu menulis tentang ini semua. Banyak sungguh jasa dan pengorbanan yang Asri lakukan buat kami semua. Tidak akan cukup wang ringgit di dunia ini untuk aku bayar kepadanya.
Malam yang panjang ini membuatkan aku rindu pada masa-masa lalu. Walaupun di malam yang panjang dan dingin di hujung bulan November ini, hatiku jadi hangat kerana persahabatan yang Asri, Su, Shukri, Pak Ya, Joan dan Fuz berikan di awal-awal kehidupan di UIA dulu. "You thought me to be strong, you gave me grace, you accepted all the good and bad things about me and above all you gave me an everlasting friendship. I love you with all my heart and one day you will feel it, even if I didn't say it. You know me, I'm not very good at expressing my feelings".
Malam yang panjang ini telah berganti pagi dan aku berharap kau merasakan kehangatan yang aku rasakan saat ini. Insya Allah kita akan bertemu nanti.
Bret, Jakarta 26 November 2009. 4:15 WIB
Tuesday, September 1, 2009
Ramadhan Datang Lagi
Monday, July 27, 2009
Goodbye Datin!
Datin adalah panggilan mesra Glenn dan aku untuk Al Marhamah Puan Yasmin Ahmad. Glenn walaupun bukan orang Malaysia, pernah belajar di Malaysia dan tahu sedikit sebanyak tentang darjah dan pangkat kebesaran di sana. Anehnya aku mula mengenal beliau secara peribadi sejak berpindah ke Jakarta, itupun melalui Glenn. Sebelum ini, aku cuma mengenali beliau melalui iklan-iklan yang kerap menyentuh emosiku dan yang pastinya jutaan rakyat Malaysia yang lain juga. Iklan-iklan yang beliau garap terutama untuk musim perayaan seringkali ditampilkan secara berbeza dan dari sudut pandang pelbagai kaum yang hampir tidak pernah terfikirkan oleh pengarah kreatif lain di Malaysia. Pesanan yang amat kental dengan unsur-unsur perpaduan telah lama beliau canangkan sebelum 1Malaysia menjadi ideologi politik era semasa.
Aku masih ingat beberapa tahun yang lalu, beliau menampilkan keghairahan seorang anak kecil bersiap-siap untuk merayakan momen bersejarah dan melaungkan kalimat istimewa "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" bersama bapa kemerdekaan negara kita. Anak kecil itu bukan Melayu tetapi India. Menurut aku, itulah paparan kehidupan di Malaysia yang berbilang bangsa. Hanya seorang pengarah kreatif yang sensitif terhadap perasaan masyarakat majmuk mampu berfikir dan berkreasi seperti itu. Mulai saat itu, aku menunggu dan menanti-nanti apakah lagi kejutan yang akan beliau sajikan tiap kali lebaran menjelang.
Melalui filem pertama beliau 'Rabun' yang sempat aku tonton di gedung Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru siap pada tahun 2003. Ku akui beliau merupakan seorang 'storyteller' yang unik dalam mengungkapkan setiap persoalan atau mengangkat sesuatu isu yang wujud di negara majmuk seperti Malaysia. Satu persatu filem-filem beliau membentangkan isu-isu yang mungkin dianggap sensitif oleh sesetengah pihak tetapi kerana keikhlasan beliau bercerita, semuanya jadi menghiburkan.
Selama hayat beliau terlalu banyak kontroversi dan rintangan yang harus diharunginya. Sehingga sekarang "Mualaf' belum lagi ditayangkan di Malaysia kerana belum mendapat izin penayangan dari Lembaga Penapisan Filem Negara. Filem ini harus ditonton kerana selain menghiburkan, ia juga sarat dengan pengajaran. Menurut aku, tiada apa yang kontroversi dengan "Muallaf".
Melalui blog "Yasmin the storyteller", beliau sering berbagi pengalaman dalam membahas serta mengupas filem-filem kegemaran beliau dan juga filem-filem yang beliau hasilkan. Selayaknya seorang tokoh kreatif dan selebriti, beliau tidak dapat lari dari cobaan dan dugaan dunia; banyak fitnah dan kata nesta yang terus dilontarkan kepada beliau dan kadang-kadang kita yang membacanya juga merasa terhiris sayu. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terlukakah perasaan beliau kala menghadapi semuanya itu?
Melalui filem-filem beliau aku dapat merasakan kebahagiaan hidup berkeluarga yang sentiasa menerima setiap kekurangan dan kelebihan yang lain kerana beliau sedar sebagai manusia kita tidak akan pernah sempurna. Ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan semua cerita yang beliau garap menjadi unik, menarik dan sempurna di mata dan hatiku yang terdalam. Konflik percintaan antara gadis Melayu dengan pemuda Cina atau India digarap begitu halus dan tulus yang akhirnya membawa kita ke suatu daerah emosi dan simpati yang paling dalam terhadap penolakan atau kekecewaan yang wujud di filem mahupun di realitas kehidupan kita yang sebenarnya. Masih ku ingat satu dialog dialog yang cukup dalam artinya 'dituturkan' oleh seorang yang tidak mampu berbicara tapi cukup berkesan: "Tolonglah ibu ajarkan hati saya untuk melupakan dia kerana saya tidak tahu bagaimana"
Filem terakhir beliau "Talentime" merupakan filem terbaik yang pernah aku tonton sebaris dengan filem-filem kegemaranku yang lain. Semuanya ada di Talentime yang sarat dengan pelbagai permainan emosi; gejolak cinta terhalang, sebuah keinginan untuk diakui, manisnya dan kuatnya hubungan kekeluargaan, kekerasan hidup, alunan musik dan lagu yang penuh makna, metafora kehidupan, kasih ibu, dendam dan sebuah kematian dalam kehidupan.
Itulah kelebihan beliau, bercerita tentang sesuatu seadanya dengan sedikit humor. Seperti juga hidup beliau yang seadanya dan penuh hilai tawa. Aku juga percaya dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu serius dan sekali sekala kita harus mampu dan berani mentertawakan diri sendiri.
Setiap kali lebaran menjelang, Glenn akan menitip Kue Lapis Legit 'Prunes' yang dipesan dari Holland Bakery kerana kata beliau, itu kue kegemaran Mak Inom. Kali terakhir Glenn menitipkan kue itu adalah pada lebaran tahun 2008. Kata Glenn, lebaran tahun ini dia tidak akan menitip Kue Lapis Legit Prunes atas permintaan Mak Inom. Semoga Mak Inom diberikan Allah swt kekuatan dan rahmat untuk terus menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini dan semoga beliau kembali ceria.
Glenn dan aku begitu merasakan kehilangan seorang teman yang hadir bagaikan pelangi, indah mewarnai langit walau seketika namun amat berkesan. Semoga roh al marhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang bertakwa, Amin!
Al-Fatihah!
Tuesday, July 14, 2009
Apa yang aku cari?
Kuharapkan ini bukan terakhir kali aku menulis di sini sebelum aku berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah. Sejak akhir-akhir ini, aku semakin sibuk menguruskan tugasan-tugasan yang seperti tidak akan berhenti. Banyak business pitching baru yang terpaksa kami lakukan yang sebabnya aku juga tidak tahu.
Mungkin juga kerana kita sudah melewati pertengahan tahun dan kebanyakan brand berlumba-lumba mencari agensi periklanan baru untuk tahun depan. Ditambah dengan kerjaan-kerjaan yang tidak berhenti-henti mengalir atau deadline-deadline sedia ada yang harus dikejar menjelang Ramadhan.
Dari satu sisi aku bersyukur kerana masih punya pekerjaan dan brand-brand yang masih aktif walaupun dunia sedang dilanda krisis. Aku benar-benar berharap semoga rezeki yang masih baik ini akan berterusan sampai bila-bila.
Ada ada dengan perjalanan hidupku ini? Menurutku, semuanya seperti yang aku harapkan tetapi untuk berapa lama lagikah aku mampu bertahan seperti sekarang. Usiaku semakin bertambah, tanggungjawabku juga semakin berat. Apakah ini takdir atau memang suratan dari yang maha Esa?
Kalau ini sudah jalanku, aku mohon agar semuanya dipermudahkan dan semoga semakin kurang cabaran dan dugaan yang harus aku hadapi. Sekarang aku ingin bertanya pada diriku: apakah yang aku cari sampai saat ini? Aku juga tidak mampu untuk memberikan jawapan yang jelas kerana aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari...
aku hanya inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aku tidak ingin melukakan hati siapa-siapa lagi terutama orang yang dekat dalam hidupku. Biarkan orang lain membuat aku tercalar namun aku tidak ingin membalas perbuatan orang itu kecuali sebagai tindakan mempertahankan maruah diri semata-mata.
Apa yang kau cari teman-temanku? Bahagia rasanya jika kau ingin berkongsi pendapat denganku.
Jakarta, 15 July 2009
5:55 pagi yang semakin cerah bercahaya.
Semoga presentasi jam 10 nanti akan lancar dan diterima baik. Amin!
Friday, July 10, 2009
Kasihanilah Aku!
Perasaan yang tidak pasti, semacam ada perasaan takut dan cemas. Semakin hari semakin gelisah perasaanku mungkin persiapan belum cukup lagi. Aku mohon semoga perjalanan ini nanti mudah dan menyenangkan tanpa banyak dugaan yang berat-berat.
Semoga perjalanan ini menjadikan aku seorang yang lebih sabar dan tiada dugaan yang akan memicu aku menjadi seorang yang pemarah. Semoga segalanya nanti mampu membuka mata dan hati aku untuk menjadi insan yang lebih baik dan beriman.
Perasaan takut dan cemas kerana aku menyedari terlalu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku selama ini atas segala perilaku dan kata-kata yang aku lakukan dan ucapkan secara sedar atau tidak sedar.
Maafkan dan ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan, aku tahu aku tidak mampu memutar kembali waktu yang berlalu namun aku berharap KAU memaafkan aku, insan kecil yang kadang-kadang sesat dalam perjalanan ini.
Terangilah jalan-jalan kedepanku, rahmatilah tiap langkahku dan jadikan aku ini insan kerdil ini seorang yang sopan dan santun kepadaMu, RasulMu yang juga Rasulku dan sesama manusia.
Rahmatilah perjalananku yang kuharapkan masih lama lagi! Berikan aku waktu untuk mulai berbakti tanpa aku sedari kerana aku takut akan terpelesong arah lagi ya Allah. Jauhkan aku dari dugaan yang maha berat kerana aku insan yang amat lemah dan tak berdaya. Kuatkan imanku dan berilah aku hidayahMu semoga aku berjalan di jalanMu yang lurus di didunia yang fana ini dan diakhiratmu yang kekal itu. Tempatkan aku bersama-sama orang yang Kau kasihi. Amin!
Jakarta, 10 Juli 2009
Monday, July 6, 2009
Aku semakin jauh...
Friday, July 3, 2009
Masihkah kau ingat?
Pada seribu wajah ini,
ada rasa gusar,
ada garis sepi,
kadang-kadang senyum hambar
bibir yang tiada seri.
Masihkah kau ingat?
ada parut di pipi ini,
serta seribu kisah,
pada setiap kerutan ini
ada bermacam cerita.
Dan dalam setiap noda-noda hitam ini
semoga terpancar rasa kasih
dan sayang untuk kamu
andai kau bisa memandang
lebih dalam...
Jakarta, 3 Juli 2009
Wednesday, July 1, 2009
Sakit Pinggangku...
Hari pertama penuh siksaan
berjalan salah, duduk juga salah
demi kerana tugas aku biarkan
walau pinggangku terasa diikat beban
paling berat
semakin lama semakin mencengkam.
Hari kedua terasa sedikit ringan
setelah malamnya diurut tangan
mungkin kerana aku ingin cepat sembuh
ku urut sekali lagi dalam siksaan
Hari ketiga masih terasa
seperti mengheret beban
yang terus mencengkam
dan sekarang pinggangku masih
berdenyut....nyut...nyut...
Bagaimanakah hari keempatku besok?
Jakarta, 1 Juli 2009
Thursday, June 25, 2009
Bertuah
Tiada apa lagi yang aku cari
selain keredhaan hati.
Bila saja waktu memungkinkan
dia akan datang.
Tiada apa yang akan aku tangisi
selain yang telah pergi.
Andai saja waktu mengizinkan
pasti kau akan datang lagi.
Walau terlihat sepi,
dan kadang bersendiri
aku sedari
bertuahnya nasib diri
masih mampu berdiri
di sini...
Jakarta, 25 May 2009
Tuesday, June 23, 2009
Suatu Pagi Yang Kelam...
Monday, June 15, 2009
Tiada niat walau sedikitpun...
Maafkan aku jika selama ini
aku yang bersalah
membuat kamu tiada mengerti
dan tersesat arah.
Tiada niat walau sedikitpun untuk memberi
tanggapan yang berbeza
aku cuma menjalani
jalan-jalanku seadanya.
Aku juga tiada peduli
dengan kata mereka
dan mengapa kamu harus mengikuti
setiap langkah-langkahku juga.
Aku cuma manusia
yang coba untuk mengerti
menerima seadanya
kadang-kadang memberi.
Jakarta, 16 Juni 2009
Friday, June 12, 2009
Hidup tiada malu...
Amat sulit untuk kita mengungkapkan kata itu
terlalu jarang kita memahami kata itu
dan jadilah kita insan tanpa restu
resah dan kelu
lantas malu.
Malu
lantaran terlalu
banyak maumu.
Marilah kita mengungkapkan kata itu
biar tenang kalbumu
agar banyak mendapat restu
tanpa resah dan kelu
dan tiada malu.
Jakarta, 12 Juni 2009
Wednesday, June 10, 2009
Susahkah untuk jadi baik?
Dalam perdebatan dengan klien tentang anak-anak muda di Indonesia, aku menyatakan bahawa semua anak muda pengen 'dilihat' anak baik-baik. Klienku pula menyatakan bahawa anak baik-baik membosankan.
Menurutku cukup gampang kalau ingin jadi anak-anak muda yang nakal tetapi payah untuk jadi anak baik-baik. Untuk jadi nakal kita bisa langgar peraturan yang telah ditetapkan agama, ibu bapa, teman-teman dan negara tetapi untuk kita mematuhi semua peraturan sebagain manusia yang baik belum tentu dapat kita lakukan.
Siapa mau jadi baik?
Menurutku cukup gampang kalau ingin jadi anak-anak muda yang nakal tetapi payah untuk jadi anak baik-baik. Untuk jadi nakal kita bisa langgar peraturan yang telah ditetapkan agama, ibu bapa, teman-teman dan negara tetapi untuk kita mematuhi semua peraturan sebagain manusia yang baik belum tentu dapat kita lakukan.
Siapa mau jadi baik?
Friday, June 5, 2009
Khusuk
Thursday, June 4, 2009
Andaiku diberi cuma sehari lagi...
Akan aku mencintaimu sepenuh hati,
tidak akan kubiarkan detik-detik itu pergi,
akan kudampingi dirimu setiap kali,
kau memanggil diri ini.
Andaiku diberi cuma sehari lagi,
akan kusebut namamu berulang kali,
tidak akan kubiarkan kau menanti,
tanpa pasti.
Akan aku ucapkan setiap rasa dihati.
Aku pula yang akan menanti.
Memberi dengan rela hati.
Memelukmu dan tidak akan aku lepaskan lagi.
Jakarta, 5 Juni 2009
Terinspirasi dengan email dari Chris Chia 'Gabriel Garcia Marquez'
Tuesday, June 2, 2009
BB
Aku berjanji untuk tidak jadi autis(maaf bukan niat mencela)
namun mungkin kerana masih baru, aku mencapainya secara otomatis
bila saja ada sinar merah memanggil manis
banyak bisa aku lakukan kalau lagi macet habis.
Aku berjanji untuk tidak jadi autis (sekali lagi bukan niat mencela)
bikin kerjaanku tak habis-habis
kadang dapat salam manis
atau baca berita yang sadis-sadis
bikin hati mau nangis.
Jakarta, Selasa 3 Juni 2009
Wednesday, May 27, 2009
Ada apa dengan perasaanku?
Tuesday, May 12, 2009
Keputusan sudah dibuat...
Aku telah memutuskan untuk pulang ke Malaysia setelah genap 6 tahun di Indonesia. Satu keputusan yang masih belum mendapat 'izin mutlak' dari Chairmanku, Ibu Maria tapi sudah kuusulkan pada CEOku, Bhaskar.
Tempoh setahun yang aku berikan terasa terlalu lama tetapi aku tidak menutup kemungkinan untuk mengambil peluang kerja yang ternyata terbuka tetapi baru ditahap eksplorasi sahaja.
Setelah keputusan tidak memanjangkan kontrak dengan perusahaan di Jakarta, terasa ringan segala beban yang aku pikul selama ini. Serasa aku punya arah tuju yang jelas, ingin pulang dan membuat bisnes sendiri bersama teman-teman di KL. Sementara menunggu bisnes kami berjalan aku juga tidak menutup kemungkinan untuk pulang lebih awal, jikalau peluang kerja di KL menjadi kenyataan.
Semoga Allah SWT akan mempermudahkan segala perjalanan hidup aku, sekarang dan di masa yang akan datang. Semoga jalan-jalanku akan sentiasa dirahmatiNya dan biar mudah segala keputusan yang harus aku ambil nanti, Amin!
Tempoh setahun yang aku berikan terasa terlalu lama tetapi aku tidak menutup kemungkinan untuk mengambil peluang kerja yang ternyata terbuka tetapi baru ditahap eksplorasi sahaja.
Setelah keputusan tidak memanjangkan kontrak dengan perusahaan di Jakarta, terasa ringan segala beban yang aku pikul selama ini. Serasa aku punya arah tuju yang jelas, ingin pulang dan membuat bisnes sendiri bersama teman-teman di KL. Sementara menunggu bisnes kami berjalan aku juga tidak menutup kemungkinan untuk pulang lebih awal, jikalau peluang kerja di KL menjadi kenyataan.
Semoga Allah SWT akan mempermudahkan segala perjalanan hidup aku, sekarang dan di masa yang akan datang. Semoga jalan-jalanku akan sentiasa dirahmatiNya dan biar mudah segala keputusan yang harus aku ambil nanti, Amin!
Wednesday, May 6, 2009
Ada apa dengan hidupku?
Ada apa dengan perasaanku akhir-akhir ini? Sepertinya ku merasa tidak happy lagi di Jakarta dan terasa dipangil-panggil untuk pulang ke Kuala Lumpur. Panggilan pulang kali ini bukan sekadar liburan tapi mungkin untuk selama-lamanya. Apakah ini yang dikatakan orang 'homesick'? Aku pun tidak mengerti tetapi yang pasti semakin hari semakin kuat perasaan aku untuk pulang.
Ada apa dengan perasaanku akhir-akhir ini? Mungkin juga karena aku merasakan karirku yang seakan 'stagnant' atau perasaan tidak puas hati dengan imbalan yang aku dapat walaupun telah memberikan segalanya untuk karirku. Ahhh! persetankan semua bisikan-bisikan itu dan aku harus fokus untuk mencapai apa yang aku inginkan di sini. Sebenarnya masih terlalu jauh untuk aku ukur pencapaianku di sini dan sebagai orang luar, aku memerlukan 2 atau 3 tahun lagi sebelum aku mencoba membuat perubahan dalam hidup dan agensiku ini.
Ada apa dengan hidupku? Aku juga tidak pernah tahu kemana kaki ini akan melangkah dan sampai kapankah aku harus berada di sini. Yang pasti, aku mohon kepadaMu agar kau terangi jalan-jalanku dengan rahmatMu biar mudah setiap perjalanan ini. Aku berharap agar perjalananku ke depan akan lebih bermakna bukan sekadar untuk diri ini sahaja tetapi juga buat mereka di sekitarku.
Ada ada dengan semua ini? Wallahhuallam bisawwab!
Ada apa dengan perasaanku akhir-akhir ini? Mungkin juga karena aku merasakan karirku yang seakan 'stagnant' atau perasaan tidak puas hati dengan imbalan yang aku dapat walaupun telah memberikan segalanya untuk karirku. Ahhh! persetankan semua bisikan-bisikan itu dan aku harus fokus untuk mencapai apa yang aku inginkan di sini. Sebenarnya masih terlalu jauh untuk aku ukur pencapaianku di sini dan sebagai orang luar, aku memerlukan 2 atau 3 tahun lagi sebelum aku mencoba membuat perubahan dalam hidup dan agensiku ini.
Ada apa dengan hidupku? Aku juga tidak pernah tahu kemana kaki ini akan melangkah dan sampai kapankah aku harus berada di sini. Yang pasti, aku mohon kepadaMu agar kau terangi jalan-jalanku dengan rahmatMu biar mudah setiap perjalanan ini. Aku berharap agar perjalananku ke depan akan lebih bermakna bukan sekadar untuk diri ini sahaja tetapi juga buat mereka di sekitarku.
Ada ada dengan semua ini? Wallahhuallam bisawwab!
Thursday, April 30, 2009
Janji-janji ini
Wednesday, April 22, 2009
Kelu
Mulutku terkunci
bibir berat tak terperi
lidah kejang lagi
yang ada cuma suara hati.
Semuanya seakan mati
sunyi dan sepi
menghantui
diri ini
yang sendiri lagi.
Tidak ingin berbicara lagi
kerana itu semua bakal membohongi
hati ini yang ternyata sunyi
dalam sepi
biar saja mulut ini terkunci...
Jakarta, 23 April 2009
bibir berat tak terperi
lidah kejang lagi
yang ada cuma suara hati.
Semuanya seakan mati
sunyi dan sepi
menghantui
diri ini
yang sendiri lagi.
Tidak ingin berbicara lagi
kerana itu semua bakal membohongi
hati ini yang ternyata sunyi
dalam sepi
biar saja mulut ini terkunci...
Jakarta, 23 April 2009
Rembulan
Tuesday, April 21, 2009
Rapuh
Kadang-kadang kita lupa
tidak semua dari kita
mampu bertahan untuk selamanya
lalu patah.
Perlu kita ingat juga
walau hati kita bukan kaca
tapi amat mudah retak ia
lalu pecah.
Kata-kata juga
bisa bikin hati kita
semua lemah
dan rapuh.
Jakarta, 21 April 2009
tidak semua dari kita
mampu bertahan untuk selamanya
lalu patah.
Perlu kita ingat juga
walau hati kita bukan kaca
tapi amat mudah retak ia
lalu pecah.
Kata-kata juga
bisa bikin hati kita
semua lemah
dan rapuh.
Jakarta, 21 April 2009
Thursday, April 16, 2009
Resah
Rasa yang tiada menentu
berdiri buntu
duduk juga buntu
seperti hilang arah tuju.
Jakarta, 16 april 2009.
berdiri buntu
duduk juga buntu
seperti hilang arah tuju.
Jakarta, 16 april 2009.
Wednesday, April 15, 2009
Gelisah
Monday, April 13, 2009
Kala hati ini menangis...
Hujan
Wednesday, April 8, 2009
Bulan di hatiku
Sampai kapan pun kau akan tetap setia
sinari malam yang gelita
cahayamu menyentuh kita semua
menyuluh dan menerangi jalan-jalan kita
tanpa ragu.
Tidak sedikitpun kau merasa hampa
walaupun kita lupa
akan kehadiranmu
malah kau pula yang setia
menjadi saksi atas segala-galanya
dalam rela.
bila kau tiada
seluruh malam gundah gulana
sempit dan gempita semesta
apakah kau kecewa
dengan kita?
Hingga ke hujungnya
kau tetap setia
menemani waktu
apakah hatiku juga
akan setia selamanya?
Jakarta, 8 April 2009
Tuesday, March 24, 2009
Hijaukah kita?
Monday, March 23, 2009
Aku dan Lelaki Dalam Hidupku part 1
Lelaki yang hadir dalam hidupku tidak terlalu banyak dan walaupun jumlahnya sedikit tapi berkesan. Lelaki pertama dalam hidupku adalah bapaku dan yang masih kuingat tentang bapaku yang kupanggil Che ini adalah di kedai kopi di mana orang bertanyakan tentang bulu tanganku yang berwarna keemasan. Semua orang taksub dengan jumlahnya yang lebat dan warnanya tetapi aku tidak ingat tentang perasaan aku waktu itu sama ada aku senang atau sedih.
Aku juga sering menunggu Che pulang dari pasar kerana tiap-tiap hari pasti ada sesuatu yang Che bawa pulang untuk kami, paling tidak gula-gula. Memang Che suka ke bandar (panggilan singkat untuk pusat bandar Pasir Puteh)tiap-tiap hari sama ada dengan basikal atau motor Honda dia sehingganya Che dikenali sebagai Pak Mat Bandar, mungkin untuk memudahkan orang mengenali Che barangkali ya kerana banyak orang Melayu Kelantan bernama Muhammad, Mohamad atau Mamat.
Setelah meningkat dewasa, hubungan aku dan Che seperti renggang, mungkin kerana Che memang tidak suka berbual dengan kami adik beradik kerana pendengaran dia yang tidak begitu baik atau mungkin ada sebab lain yang tidak aku ketahui sampai sekarang. Sebenarnya Che dan aku banyak persamaannya, Che lahir tanggal 29 Julai 1929 manakala aku dilahirkan sehari sesudah Che menyambut ulangtahun yang ke 40 tahun. Waktu pertama kali aku mengetahui tentang hal itu, aku seperti terkejut dan sedikit sebanyak aku mulai mengerti perasaan Che kerana sedikit sebanyak ada persamaan dengan sifat dan sikap kami.
Aku juga suka berbelanja, aku juga keras kepala, aku juga pekerja keras, aku juga mudah marah, aku tidak ingin menyusahkan orang lain kalau sesuatu itu bisa aku lakukan sendiri tetapi aku tidak mampu menghafal dan membaca ayat-ayat suci al Quran semerdu Che. Che amat marah padaku sewaktu aku bergaduh dengan abangku yang kedua kerana aku memandang rendah terhadap abangku. Dari saat itu, aku berjanji pada diriku untuk tidak menghina atau memandang rendah pada sesiapa lagi dan samapi sekarang aku belajar untuk menerima seseorang itu apa adanya.
Masih kuingat saat aku dimarahi Che, aku sangat benci kepadanya kerana mungkin aku merasa sewaktu orang menghina dan memandang rendah padaku, Che tidak ada untuk mempertahankanku. Mungkin sahaja aku tidak pernah dipandang rendah sewaktu Che ada bersamaku. Selama bertahun-tahun aku memendam rasa pada Che, aku anggap aku bukan anak Che dan segala tindak-tanduk aku selama membesar ingin membuktikan pada Che yang aku bisa melakukan segalanya tanpa bantuan dia. Aku jadi lebih percaya diri untuk melakukan segalanya kerana api amarah Che dan sekarang aku berterima kasih pada Che kerana menjadikan aku apa adanya hari ini kerana aku tidak akan berada di sini tanpa Che membetulkan aku. Sayangnya Che telah pergi buat selama-lamanya dan yang tinggal hanya kenangan dan cinta Che yang baru aku kenali di beberapa tahun terakhir Che bersama-sama kami.
Hubunganku dengan Abang sulungku juga tidak terlalu akrab kerana jarak usia antara kami besar, sewaktu aku membesar Abang Din belajar di sekolah Menengah Teknik Muar, Johor. Bila Abang Din sudah mulai kerja, aku menyambung pelajaranku di Kuala Lumpur jadi tidak ada peluang untuk kita berteman baik. Abang din juga seorang yang pemarah dan masih aku ingat aku dimarahi dia tetapi tidak aku ingati apa sebabnya. Kami mulai berbicara sewaktu dia meminta aku menelefon Che kerana mungkin Che rindu untuk berbicara denganku. Abang Din memberikan aku jam tangan warna emas sewaktu aku lulus SPM, sewaktu aku ingin temuduga di Kota Baru dan aku merasakan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya. Sekarang aku belajar untuk menjadi adik yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Aku berjanji untuk menjaga keutuhan keluargaku dan memberikan bantuan bila perlu terutama kepada anak-anak saudaraku yang masih membesar.
Fikri adalah 'guardian angel'ku sewaktu aku kecil, aku diboncengi dia tiap-tiap hari ke sekolah sampai dia pindah ke sekolah menengah. Aku tidak tahu kenapa aku suka berkelahi dengan dia, mungkin juga kerana aku tidak bahagia dengan hidupku sewaktu kecil atau mungkin semuanya sudah ditentukan dengan yang diatas kerana sekarang perasaan sayangku terhadap dia semakin kukuh. Walaupun Fikri bukan abang yang pintar, dia berusaha untuk memajukan diri dan keluarganya dengan bekerja keras. Semua dia lakukan untuk mencari rezeki dan aku berdoa agar kedua-dua anaknya berjaya dan berguna buat keluarga dan masyarakat.
Lat merupakan adik bungsuku dan harus aku akui, aku sedikit keras dan berlebihan terhadap dia kerana aku mahu dia maju tapi apakan daya, aku tidak mampu merubah dia tanpa kemahuan diri sendiri. Aku sebenarnya menyesal dengan sikapku tetapi apakan daya aku cuma seorang abang yang mungkin juga tidak tahu tentang hidup yang sebenarnya. Aku sepertinya gagal menyelamatkan Lat dari masalah dirinya dan rumah keluarga yang kami dirikan juga tidak sempat Lat diami. Kami amat akrab semasa kecil kerana perbedaan usia antara kami cuma lima tahun dan Lat dengan energinya yang tidak pernah susut membuatkan kami sekeluarga tidak pernah diam mengawasinya. Masih kuingat, ada bawang merah tersekat di hidungnya dan Ibu terpaksa membuangnya dengan hati-hati sewaktu dia tidur. Lat, maafkan aku jika aku pernah menyakiti hatimu dan tahulah kamu aku tidak berniat untuk membencimu tapi sekadar untuk menyedarkanmu dari mimpi-mimpimu.
Walaupun Che dan Lat sudah pergi buat selamanya, aku tetap merindukan kalian dan aku berjanji untuk tidak melakukan hal-hal yang pernah aku lakukan pada kalian. aku berjanji untuk menjadi anak dan adik yang baik dan berguna. Buat Abang Din dan Fikri, akan aku berusaha menjadi adik yang baik dan membantu seadanya jika diperlukan.
Aku dan lelaki dalam hidupku penuh dengan drama dan pengajaran dan kerana itulah aku tidak akan membiarkan hidupku merana lagi. Semoga tuhan yang Maha Esa menjadikan aku insan yang baik dan berguna untuk insan lain.
Jakarta, 27 March 2009
Menunggu Keluarga Abang Din tiba di Jakarta.
Wednesday, March 18, 2009
Wanita dalam diriku 1
Aku mulai mengenali sosok wanita dengan memerhati perilaku dan perasaan almarhum ibu dan kakak sulungku, sepupu-sepupuku yang ramai jumlahnya, teman-teman akrab sewaktu kecil dan teman-teman baik setelah dewasa hingga sekarang.
Dari ibuku aku melihat seorang sosok wanita yang penyayang dengan semangat juang yang tinggi untuk melihat anak-anaknya menjadi insan yang berguna dan berjaya. Ibu amat mementingkan pendidikan sekular ataupun agama. Melalui cerita-cerita yang aku dengar dari keluargaku tentang kemarahan ibu terhadap sifat abang sulungku yang malas untuk ke sekolah, aku tahu ibu ingin melihat semua anaknya berjaya dalam pelajaran. Aku tidak pernah mengalaminya kerana mungkin aku memang suka ke sekolah.
Sewaktu kecil aku banyak membantu ibu di dapur untuk menyediakan makan malam kalau ibu kurang sihat atau mengisar beras untuk dijadikan makanan dan kuih muih untuk jualan seperti laksam, nasi dagang, nasi berlauk, lompat tikam, putu mayam berkuah lemak manis dan macam-macam lagi. Aku belajar untuk memasak dengan perasaan, makanya tiap kali
Nik, nama manja kami sekeluarga untuk satu-satunya anak perempuan dalam keluarga yang sebapa dan seibu, merupakan wanita karir yang bijak mengatur keluarganya dan mungkin kerana beliau merupakan seorang guru, soal mendidik anak-anak tentang pentingnya pendidikan tinggi menjadi cukup mudah. Beliau jugalah orang yang sering memberikan aku kata-kata perangsang untuk belajar lebih kuat lagi tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Pengaruh beliau amat besar dalam hidup aku sampai sekarang dan yang jelas sewaktu mencium dahi beliau sebelum dikapankan, aku tidak berdaya menahan emosiku. Setelah almarhum tiada, anak-anak saudaraku walaupun dalam kesunyian dan kehampaan dengan perkahwinan kedua bapa mereka tetap bersemangat dan berjaya menamatkan pendidikan tinggi mereka seperti yang diinginkan oleh almarhum ibu mereka.
Kedua-dua sosok wanita yang aku sanjung dalam hidupku ini amat mementingkan pendidikan mungkin mereka sudah melihat ke depan sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir mereka. Sebenarnya mulai dari zaman nenekku dulu sekitar tahun 1930-an, semua anak-anak beliau termasuk ibu saudaraku, Mak Dah telah diberi peluang untuk belajar setinggi mungkin. Semua anak-anak Tok Wan boleh menulis dan membaca dalam bahasa Jawi dan Rumi.
Dari sepupu-sepupuku aku mengerti tidak ada perbedaan taraf antara lelaki dan wanita kecuali lelaki harus bertanggungjawab menjadi kepala keluarga mereka nanti. Kami semua berusaha keras untuk memajukan diri baik dalam pendidikan agama dan akademi. Aku sebenarnya kagum dengan pencapaian sepupuku Suria dan Ayu yang sedikit sebanyak meniupkan semangat untuk belajar dengan lebih keras lagi dan secara kebetulan aku juga diterima di universiti yang sama dengan Ayu di Petaling Jaya walaupun bidang kita berbeda.
Aku juga akrab dengan sepupu-sepupuku yang tinggal di Jerangau, tanah rancangan Felda tetapi kita hanya bisa berkumpul jika ada acara keluarga dan cuti sekolah yang panjang. Aku mengenali sosok wanita penyayang, selalu bersikap positif, sering ketawa dan jaguh masak dari Mak Kembang, Kak Lah, Kak Ini, Maziah dan Kimah.
Anak-anak saudaraku juga banyak mengajar aku untuk menjadi lebih terbuka walaupun aku masih menutup diriku. Sikap tertutupku itu mungkin kerana aku takut akan mengecewakan mereka jika aku menjadi terlalu terbuka. Aku senang melihat mereka begitu akrab antara satu sama lain dan aku mulai
Sebenarnya ada seorang lagi sosok wanita yang aku kagumi, Kak Nisah kakakku dari hasil perkahwinan bapaku yang pertama. Kak Nisahlah insan pertama yang mengajar aku tentang kembara. Sewaktu berusia lima tahun, aku dibawa kak Nisah ke Manik Urai, sebuah daerah terpencil di Ulu Kelantan tempat beliau bertugas sebagai jururawat. Itulah pengalaman pertama aku berjalan jauh dari dan di sanalah aku belajar mencari etok di Sungai Kelantan dan bagaimana untuk hidup sehari-hari di daerah yang terpencil dan belum membangun lagi sekitar tahun 1974. Setelah Kak Nisah berkeluarga hubungan kami menjadi renggang dan seakan putus kerana beliau juga berpindah negeri setelah bernikah. Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun, aku semakin jauh dari Kak Nisah ditambah dengan saat-saat getir membesar serta kesulitan awal untuk mengenal diri sendiri, jarak antara kami semakin ketara. Namun jauh di sudut hatiku, kehadiran Kak Nisah untuk acara-acara keluarga masih aku nantikan. Aku ingin sekali memeluk Kak Nisah erat-erat dan aku berjajni untuk tidak melepaskanmu lagi.
Aku temukan setiap kelembutan dan kenyamanan dengan teman-teman kecilku selain dari sepupu-sepupuku seperti Mek Za,Dura, Moni, Mastura, Zana dan yang lain-lainnya yang terlalu banyak untuk aku namakan. Pengalaman membesar di desa sungguh berkesan seperti ke sawah, ke sungai, makan buah tembikai merah manis bila tiba musimnya, mengail ikan, membuat meriam buluh bila tiba bulan penghujung bulan puasa, solat terawih dan membuat kuih muih hari raya. Setiap pengalaman biarpun pahit dan apalagi yang manis-manis kita lalui bersama dan akan aku kenang sampai ke akhir hayat.
Semangat juang yang tinggi dan keinginan untuk merubah nasib diri dan keluarga menjadi inspirasi untuk aku lebih maju dan berguna untuk masyarakat. Perasaan mereka yang peka dengan perasaan orang lain sedikit sebanyak menjadi sebahagian dari sifat-sifatku sampai sekarang. Aku bersyukur mewarisi sifat-sifat indah wanita dalam diriku.
Siapalah diri ini tanpa wanita-wanita istimewa dalam hidupku. Terima kasih kerana telah memberikan aku sesuatu yang amat bernilai dan paling berharga selama ini.
Kalian wanita dalam diriku.
Jakarta, 19 March 2009
Thursday, March 12, 2009
Jumaat 13 Maret pasti akan berlalu...
Jeritan seruling mendayu-dayu
di sela-sela kepayahanku
apakah akan hadir satu
hari yang mudah itu?
Ketukan 'ting ting ting' itu
seakan berkata padaku
kau harus sabar menunggu
pasti ada hari itu.
Tangisan biolamu
walaupun menghiris kalbu
memaksa aku
menunggu
saat itu.
Jumaat 13 ini akan berlalu
seperti debu
membawaku
berlalu
sambil menunggu
hari-hari baru
seperti selalu.
Doaku biar seru!
Jakarta, 13 March 2009
"Mumbai Theme Tune by A R Rahman"
Wednesday, March 11, 2009
Aku takut...
Aku takut aku tidak bisa
menjadi seperti yang kamu mau
kerana aku sering lupa
dengan janji-janji kita.
Aku takut aku tidak bisa
melihat kamu seperti yang kamu mau
kerana aku sering tergoda
dengan yang indah-indah.
Aku takut aku tidak bisa
menahan diriku seperti selalu
dan aku akan tergoda
lalu terhina
Aku takut dengan dosa-dosaku.
Aku takut aku tidak mampu
menjadi diriku.
Aku takut dan malu padaMu.
11 March 2009
Jakarta, 8:10 PM
Monday, March 9, 2009
Sampai Bila Lagi?
Thursday, March 5, 2009
Yang Paling Indah
Tiada rasa yang paling indah
selain dari cintamu.
Tiada rupa yang paling indah
selain dari pekertimu.
Tiada sifat paling indah
karena kau paling sempurna.
Siapalah kita
tanpamu kekasih kita.
Kadang malu
aku mengaku
menjadi kekasihmu
karena aku
tidak sempurna sepertimu.
Mengingati Maulidur Rasul
Jakarta, 6 March 2009
Tuesday, March 3, 2009
Kisah Cintaku - Versi Peterpan
Di malam yang sesunyi ini
aku sendiri tiada yang menemani
akhirnya kini kusadari
dia telah pergi
tinggalkan diriku
Adakah semua kan terulang
kisah cintaku yang seperti dulu?
Hanya dirimu yang kucinta dan kukenang
didalam hatiku
takkan pernah hilang
bayangan dirimu untuk selamanya
Mengapa terjadi kepada dirimu?
aku tak percaya, kau telah tiada...
haruskah ku pergi
tinggalkan dunia
agar aku dapat berjumpa denganmu...
4 March 2009
Jakarta
Monday, March 2, 2009
Ketawalah! 19
Kata temanku
dia harus ketawa
kalau mau rambutnya
tumbuh semula.
Bila kita ketawa
hati jadi ceria
hidup lebih bahagia
lupa segala
derita yang menyapa.
Amat mudah
untuk ketawa
tanpa teman juga
kita bisa ketawa
tapi harus rela
segala tentang hal kita
tetapi ketawa bersama
lebih bermakna.
3 March 2009
Jakarta yang lagi hujan, 2:45 pm
Sunday, March 1, 2009
Apa itu bahagia? 18
Bila segalanya
berjalan seperti yang kita
harapkan dan pinta,
hari-hari serasa
bahagia.
Dan jika ada
aral melintang batas masa,
tidak seperti yang dipinta,
hari-hari juga serasa
nestapa,
kita harus redha
kerana itu juga
bahagia.
Kita hanya
manusia
yang harus mencoba
mencari bahagia
walau dalam derita
untuk bahagia.
Jakarta, 2 March 2009
Thursday, February 26, 2009
Teringat 17
Walau kita tidak pernah bicara
dalam sekian lama.
Walau kita tidak pernah bersua
dalam beberapa ketika.
Kalian masih ada
dalam jiwa
dan raga
jua rasa
sampai bila-bila.
Kau hadir dalam gelora,
menghapus segala duka.
Kau tiba dalam tawa,
membawa bahagia.
Ku harap untuk selamanya.
Semoga kau bahagia.
27 February 2009
Jakarta
Katalah semaumu 16
Tiada kata-kata
yang bisa
buat aku jadi nestapa.
Tiada kata-kata
pernah aku lupa,
tentang rupa,
tentang gaya,
tentang tutur kata
dan segala-galanya.
Sudah sebegini lama
aku merasa terhina.
Segalanya
pemberian Dia
dan dalam kekuatan luarbiasa
yang tetap aku bela
sampai bila-bila
hingga ke ujung usia
insya-Allah!
February 26, 2009
Jakarta
Tuesday, February 24, 2009
Pasti tuhan tahu 15
Sunday, February 22, 2009
Takdir 14
Friday, February 20, 2009
Apa Erti Bahagia? 13
Wednesday, February 18, 2009
Soal Asmara 12
Monday, February 16, 2009
Tentang Percaya 11
Akan datang suatu hari yang cerah
membawa khabar gembira
dan padamlah semua duka
tiada lagi gerhana
Akan datang seorang dikau
mendakap aku
dan tak ingin kau
lepaskan sampai bila-bila
Jika kau harus pergi jua
kau bawalah bersama
setiap nafas yang kuhela
kerana aku rela
dan aku percaya
segala yang kurasa
adalah cinta.
Febuari 17, 2009
Sunday, February 15, 2009
Antara Cinta, Bahagia & Asmara 10
Apakah kita akan bahagia
jika sudah menemukan cinta?
Pentingkah asmara
untuk bahagia dalam cinta?
Tanpa cinta, kita juga bisa
bahagia.
Tanpa asmara, cinta juga bisa
bahagia.
Mungkin ada kaitan antara cinta, bahagia
dan asmara.
karena itu semua
naluri manusia semata
yang tercipta
sedemikian rupa.
Mungkin juga tiada kaitan antara cinta, bahagia
dam asmara.
Yang ada cuma manusia
mencoba
untuk bahagia
tanpa dosa-dosa.
Febuari 16, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Seisi Jiwa 9
Cinta Aturan Yang Maha Kuasa 8
Tuesday, February 10, 2009
Ternyata kita semua sama...7
Ada kekasih ditinggalkan.
Ada suami menduakan
Ada isteri di luar mencari hiburan.
Ada ibu disia-siakan.
Ada ayah tidak diendahkan.
Ada insan
yang senang
sendirian.
Ternyata kita semua sama.
Ada cinta mati ditengah jalan.
Ada juga yang mati sebelum jalan.
Ada cinta hanya bertepuk sebelah tangan
Ada insan
yang senang
bersendirian.
12 February 2009
Usahlah berjanji 6
Usahlah kau berjanji akan menantiku
dipintu surga
karna sering kali aku
menantimu
yang tak kunjung tiba
Sanggupkah kau
membantuku
membersihkan bokongku
andai aku tak mampu?
Usahlah kau berjanji akan bersamaku
sampai akhir waktu
karna sering kali kau berlalu
tanpa menungguku
Aku yang setia
menjagamu
dalam susahmu
sering kali kau
lupa aku
dalam senangmu
Aku tidak mahu
janjimu
membuat aku
jemu
padamu
Biar Indah 5
Monday, February 9, 2009
Mimpi pagi 4
Hanya aku sendiri
yang rela menemani
jiwaku yang sepi
hanya aku yang sudi
hadir dalam mimpi-mimpiku, sendiri.
Perjalanan yang maha panjang ini
buat sementara biarlah kutempuh sendiri
seperti dulu lagi
dan langkah kaki yang semakin lunglai
serasa tak bererti.
Apakah aku harus beranikan diri
mencari kamu lagi?
atau biarkan semuanya berlalu pergi
seperti mimpi-mimpiku tadi
sendiri
sepi
lantas pagi.
10 Febuary 2009
Tak Siapa Tahu 3
Berdosakah Aku? 2
Subscribe to:
Posts (Atom)