Monday, December 19, 2011

Antara Earl Grey & Sakit Perut di Blitz

Tahun baru berganti
Banyak yang harus kucari
Malas menguasai diri
Lantas aku ke Blitz
Bersama Glenn lagi

Antara sakit pert di Blitz
Dan keinginanku untuk menonton 'movie'
aku cari secangkir teh panas
Biar 'pas' di perutku

Antara Earl Grey
Dan sakit perutku di Blitz
Aku 'pengen' tidur
Kerana semalam aku
Tidak bisa lena
Gara-gara secangkir
Cappuccino

Antara Earl Grey
Dan sakit perutku di Blitz
Aku lupa 'movie' apa yang aku tonton
Namun selalu 'seru' kalau Ada Glenn

Jakarta/Kuala Lumpur
11/1/2008

Maaf kutolak cintamu...

Melangkahi rentetan silam
Bagai menuba lubuk perasaan
Dan meracuni sekeping hati
Kembara sepi dan gersang
Semuanya kerana kau

Tak mungkin kukenang lagi
Hati yang berdarah
Perlu apakah lagi
Kau hadir di sini
Kerana bukan di penjuru ini...hatimu
Bukan di sudut ini...ruangmu

Hati ini sudah lama tertutup
Dan sudah lali pada kesepian

Maaf
Kasihmu tidak dapat kusambut
Maaf
Hatimu tidak mampu kuusapi
Terima kasih sekali lagi
Atas kehadiranmu
Dan maaf kutolak cintamu

Pasrahku bukan lagi padamu
Rinduku bukan lagi milikmu
Hatiku bukan lagi hakmu
Helaan nafasku bukan lagi mendesiskan namamu
Langkah kakiku bukan lagi untukmu

Hanya untuk yang Satu!

This was written in October 1988

Kuala Lumpur 2011

Rasa

Meniti helaian-helaian waktu
Dan dalam kelam suasana
Langkah tari serasa songsang
Bisikan hati tiad a bererti

Pada beburung nan terbang
Sampaikan rasa jua salam rindu ini
Laungkan perasaanku ini
Jua tebarkan seluruh kasih ini
Pada Dia yang kucintai...

Katakan padanya
Kan kusimpul awan gemawan
Menjadi kalimat rindu ini
Kan kupetik sibintang timur
Hadiah sebuah rind

Kan kuukir bayu semilir
Buat ranjang cinta kita
Kan kugapai purnama menggambang
Buat pelita kasih kita

Dan malam-malam kita
Bersulamkan benang kesetiaan
Tidur kita berbantalkan kemesraan
Berselimutkan kesucian

Akan kusyairkan rinduku
Agar kau lena dalam peluk rasaku
Selamanya
Kita berdua

This was written in 1988.

Kuala Lumpur
20/12/2011

Kekasih Yang Hilang

Kelabu awan, pandangan kosong cuma
Camar-camar entah tebang ke mana
Laut bergelombang tanpa gema
Pepasir pantai tiada terusik jua

Desir ombak
Dan gemersik bayu laut
Tenggelam dalam kesepian
Pepohon Rhu yang selalu setia
Menanti setiap hembusan datang mengulit
Yang entah bila akan tiba

Alunan dan bisikan malam pengantin
Jua pelamin tiada penghuni
Dan tiupan serunai kasihmu
Hanya impian semata
Kerana Majnun beruka
Laila telah tiada

Sepi sesepinya...
Palamin sepi
Serunai tak berbunyi
Dan malam kian sunyi

This was written when I was studying in IIU way back in 1998.

Kuala Lumpur
20/12/2011

Sunday, December 18, 2011

Ibu Pernah Bilang

Tiada siapa yang bilang
Hidup ini senang
Semuanya perlu pengorbanan
Semoga kita semua tenang

Ibu pernah bilang
Hidup adalah perjuangan
Kalah atau menang
Bukan tujuan

Aku pernah hilang
Dalam arus kehidupan
Tapi langkah harus kedepan
Kerana hidup adalah perjuangan

Kuala Lumpur
19 Disember 2011
Pagi Isnin yang nyaman

Saturday, December 17, 2011

Usah pula kau lupa

Terbanglah kau ke mana jua
Merentasi setiap benua
Melewati semua jagat raya
Kerana kau bisa

Semoga saja
Sayapmu tetap setia
Membawamu ke mana-mana
Menikmati kebebasan jiwa

Jangan pula kau lupa
Asalmu dari mana pula
Kerana di situlah ada
Jiwamu yang paling bahagia

Kuala Lumpur
Sabtu 17 Disember 2011

Thursday, December 15, 2011

Siapa Dulu Yang Mulakan?

Diri yang punah
Kukutip satu persatu
Walau musnah
Dan penuh rasa malu...

Hati yang remuk
Gugur satu persatu
Jiwa berkecamuk
Tak tahu kenapa semua ini berlaku

Hidup itu harus
Walau dugaan bertali arus
Jangan ada pilu
Tak perlu rasa malu
Kerana aku tahu
Bukan aku
Yang dulu
Berlidah kelu


Kuala Lumpur
16 Disember 2011

Thursday, December 8, 2011

Oh bangsaku!

Setelah sebulan lebih tinggal di Kuala Lumpur, saya akui harus banyak bersabar untuk beradaptasi dan terus hidup di negara yang tercinta. Kalau sebelum ini saya hanya pulang ke sini paling lama seminggu sahaja, itupun kadang-kadang saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Pasir Puteh, Kelantan tempat tumpah darah beta. Tidak banyak yang dapat saya rasakan selama hidup nomad itu dan saya rasa KL masih seperti dulu lagi semasa saya meninggalkan tanahair tercinta untuk melebarkan sayap ke negara jiran yang mempunyai penduduk yang melebihi 200 juta orang itu.

Selama 8 tahun tinggal di negeri orang, kadang-kadang saya lupa yang saya perlukan kekuatan mental ekstra untuk terus 'survive' dalam kondisi yang menurut saya sedikit agak 'keras' dan 'brutal'. Jakarta juga sebuah kota yang 'keras' tetapi masih ada sopan santun dan nilai-nilai hidup yang baik masih dipertahankan seperti mengucapkan 'terima kasih' kepada orang yang telah membantu kita seperti jasa pak supir atau mbak-mbak pembantu. Kita di KL jarang mengucapkan kata 'terima kasih' atau 'thank you' Dan ini menunjukkan majoriti penduduk negara kita tidak menghargai jasa atau servis yang diberikan.

Jalanraya juga merupakan tempat orang-orang kita melepaskan 'geram' atau 'kemarahan'. Lihatlah sendiri bagaimana kita mengendara kenderaan kita terutama sewaktu 'traffic jam'. Sting Kali kita 'selfish' dengan meredah saja ke kanan dan kiri jalan tanpa menghiraukan kenderaan orang lain dan sering kali terjadi kemalangan jalanraya atas sikap 'gelojoh' kita ini. Menurut saya, majoriti dari kita sudah menjadi suatu bangsa yang 'barbaric' dan 'selfish'. Sikap ini kalau tidak dibendung akan menjadikan kita bangsa yang emosional dan akan dipandang rendah oleh bangsa lain di dunia. Tiada gunanya negara kita menjadi negara maju kalau sikap dan pembawaan diri raykatnya masih seperti mereka yang tidak bertamadun.

Keselesaan hidup kita di dunia bukan ditentukan oleh yang bersifat 'materialistic' tetapi kebahagiaan sejati adalah ketenangan jiwa dan raga. Semua ini mampu kita capai jikalau kita semua tidak terlalu mengejar hal yang bersifat duniawi sahaja tetapi jiwa serta roh kita perlu kita sirami dengan kepercayaan kepada yang Maha ESA agar kita tidak 'sesat' dan terpesong jalan yang Benar. Banyak kita dengar dan lihat keruntuhan rumahtangga, perkelahian antara keluarga dan sahabat, semuanya gara-gara emosi yang tidak ditahan-tahan kerana merasakan diri sudah 'berkuasa' dan lebih baik dari pihak yang satu lagi.

Kemana hilangnya rasa kasih dan sayang sesama manusia? Tiada lagi respek antara sesama kita kerana kita selalu 'prejudice' terhadap orang lain. Marilah kita sama-sama retrospeksi diri dan mencuba untuk menjadi diri yang lebih baik daripada hari semalam. Kita jadi an diri kita sebagai teladan untuk generasi masa depan kita melangkah lebih jauh dari langkah-langkah yang telah kita jalani.

Tepuk dada, tanya selera.

Kuala Lumpur
8 Disember 2011

Tuesday, December 6, 2011

Harga persahabatan

Semakin bertambah usia, kita semakin sensitif dengan perasaan sendiri dan apa yang kita tidak suka dengan diri kita dan juga sikap orang lain. Bukan kerana kita semakin 'judgemental' tetapi pengalaman banyak mengajar kita agar lebih berhat-hati. Sepanjang hidup ini, banyak teman-teman yang datang dan pergi silih berganti. Ada di antara mereka yang banyak meninggalkan kesan dalam hidup kita dan ada juga bagai air lalu.

Peristiwa yang terjadi suatu ketika dahulu mungkin susah untuk dicerna tetapi sudah lama dikuburkan bersama-sama sebuah harga persahabatan yang agak mahal kalau dinilai dengan baik-baik. Persahabatan yang sudah berjalan lebih dari 15 tahun hancur gara-gara hilangnya 'respect' dan rasa hormat antara kawan.

Walaupun berat bahu ini memikul beban dan mencuba untuk mencari serta membina hidup yang baru, perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan dari raut wajah yang dulunya serba girang dan 'happy go lucky'. Aku terpaksa melangkah mencari destinasi baru penuh kesangsian kerana sedikit sebanyak peristiwa hitam itu sering menghantuiku dan membunuh rasa percaya diri yang ada yang telah bertahun-tahun aku bina. Alangkah sedihnya hidup ini mengingatkan teman baik sendiri meragui kredibiliti dan nilai tambah dariku yang sudah menimba pengalaman lebih dari 20 tahun di dalam industri berasaskan perkhidmatan.

Aku tidak mahu lagi memandang ke belakang dan hanya meminta yang terbaik buatku. Semoga jalan-jalanku akan terus diterangi dan dirahmatiNya. Semoga saja segalanya akan dipermudahkan buatku nanti, Amin!

Kuala Lumpur
6 Disember 2011
4:31 pm

Monday, December 5, 2011

Wakil Rakyat oh Wakil Rakyat

Pilihanraya Umum bukan sahaja membuatkan ahli-ahli politik tidak nyenyak tidur malam tetapi juga membuatkan rakyat biasa seperti saya cemas. Awal tahun 2012 merupakan gelanggang rasmi untuk menilai sokongan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin kita yang sekarang ini sibuk mengatur pelbagai strategi untuk memastikan mereka menang. Ada macam-macam strategi yang sering diambil oleh Yang Berhormat seperti kembali ke setiap penjuru desa 'menjanjikan' kemajuan atau 'memberikan' sedikit 'kesenangan' dalam pelbagai rupa seperti jalan baru atau sekadar menghulur bantuan wang ringgit.

Sepatutnya Yang Berhormat-Yang Berhormat semua tidak perlu risau jikalau mereka semua menjalankan amanah dan kepercayaan yang diberikan. Kalau dulu Wakil Rakyat atau Ahli Politik kita benar-benar 'berjuang' demi membela kepentingan rakyat bukan kepentingan sendiri. Apa yang telah terjadi dengan pemimpin-pemimpin kita yang sanggup 'mencuri' kekayaan negara demi kesenangan diri sendiri, keluarga dan kuncu-kuncu terdekat. Tidak ada lagi rasa malu malah bangga dan menunjuk-nunjuk hartabenda dan gaya hidup yang berlebihan.


Apa gunanya kita memilih pemimpin yang 'lemah' dengan godaan dunia? Pemimpin seharusnya
mendahulukan kepentingan rakyat dan mencontohi pemimpin terulung kita Nabi Muhammad SAW. Saya rasa semua rakyat tidak akan memaafkan pemimpin yang terang-terangan 'mencuri' kekayaan milik kita bersama. Kita perlukan pemimpin-pemimpin yang amanah, jujur dan tidak mendahulukan
kepentingan sendiri.

Marilah kita menilai semula tentang pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini dan tanyalah diri
sendiri apakah mereka ini mampu menjadi pemimpin kita semua? Marilah kita bantu generasi masa hadapan kita menjadi generasi yang pintar, jujur dan mampu hidup dalam masyarakat yang majmuk
dengan aman dan damai tanpa rasa sangsi dan wasangka sesama. Kita mampu membuatkan perubahan
jikalau kita semua bersatu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Bersama-samalah kita melakukan perubahan kecil dalam hidup kita dan nescaya perubahan kecil
ini akan berdampak besar. Jujur saja saya juga tidak tahu pemimpin-pemimpin mana yang bisa dipercayai tetapi kita harus memilih mereka berdasarkan kata hati kita sama ada mereka ini
mampu membawa negara tercinta kita maju, makmur dan aman. Mampukan pemimpin-pemimpin yang
bakal kita pilih menjaga kepentingan generasi muda kita menjadi generasi terbaik yang pernah
kita hasilkan yang mampu bersaing pada peringkat dunia?

Tepuk dada tanya selera.

8:33 pm Kuala Lumpur
6 Disember 2011

Saturday, November 26, 2011

To love or not to love?

Dalam hidup ini kita banyak dihadapkan dengan pelbagai persoalan, kemahuan dan kehendak diri dalam soal cinta Dan perasaan. Dalam membuat keputusan tentang perasaan, terutama soal cinta kita kadang-kadang terbawa-bawa oleh gelora jiwa yang kadang tenang dan kadang berkecamuk.

Kita biasanya gagal untuk selalu berfikiran jernih dan tetap dengan pendirian kita kerana sering kali setiap keputusan yang kita ambil selalu saja berubah-ubah mengikut apa yang kita rasa saat itu. Amat payah untuk kita berpegang pada janji diri. Sering kali kita lupa akan perbahasan panjang lebar dengan teman-teman kerana naluri kita berbisik sebaliknya.

Tiada solusi atau jalan penyelesaian untuk kita bendung keadaan atau masalah ini kecuali kita harus kuatkan hati kita Dan terus berpegang pada janji diri yang telah kita buat. Kedepannya kita harus bertawakal dan berdoa agar jalan-jalan kita selalu dirahmatiNya.

Hubungan yang 'toxic' atau yang bersifat 'damaging' harus segera dibenahi supaya tidak mendatangkan musibah di kemudian hari. Memang mudah untuk berkata-kata tetapi amat berat untuk bahu kita memikul. Sebagai teman, kita hanya mampu memberikan pendapat sahaja dan keputusan akhir harus dibuat oleh yang punya badan.

Semoga teman-temanku semua di permudahkan jalan-jalannya, Amin Ya Rabbal Al-Amin!

Kuala Lumpur
26 November 2011

Friday, November 25, 2011

Life is such...

Memang lumrah hidup, kadang kita merasa indah bahagia dan kadang pula kita merasa hampa, kecewa. Semakin kita membiarkan emosi menguasai diri, semakin sering kita mengalami naik turun emosi atau lebih tepat lagi'emotional roller coaster'. Makanya kita orang Islam dituntut untuk banyak bersabar dan sadar yang ketentuan hidup itu ada di tangan yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang, Dia yang melaksanakan segalanya.

Kata orang 'life is a journey' jadi kita harus menikmati dan bersyukur dengan nikmati yang telah diberikan. Mungkin besok atau lusa kita akan dipanggil untuk perjalanan di alam lain yang kita tidak 'familiar', jadi gunakan setiap peluang yang diberikan untuk melakukan hal-hal baru yang belum pernah kita lakukan atau yang kita tunda atas sebab-sebab yang tertentu. Kita digalakkan untuk sekali-sekali mengambil dan mencuba jalan baru atau 'road less travelled' untuk kita rasakan suasana dan pengalaman yang berbeza.

Hidup juga harus mampu menjadi guru yang berguna untuk masa hadapan kita. Kita harus belajar dari pengalaman lalu untuk hari esok yang lebih baik.

Ada juga yang bilang hidup adalah pilihan. Aku memilih untuk berjuang tentang diriku. Aku tidak pernah memikirkan apa lagi berniat untuk 'mengajar' orang lain tentang hidup. Yang aku mau adalah sedikit pengertian tentang aku, itu saja. Aku tidak meminta sesiapa pun untuk berubah kerana aku tahu perubahan itu payah dan kadang sakit untuk dilaksanakan.

Kita berhak memilih untuk bahagia. Kita harus memilih hanya yang terbaik buat diri kita dan orang-orang yang kita sayangi yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat kita. Aku memilih untuk jujur dan berpandukan landasan yang telah ditetapkan. Kebenaran itu walaupun pahit untuk aku telan tapi akan aku cuba kerana itu semua adalah ketentuan.

Akhir untuk pembukaan...

Kuala Lumpur
25 November 2011

Tuesday, August 23, 2011

"Someone Like You" Adele

http://youtu.be/NAc83CF8Ejk

"Someone Like You"


I heard

That you're settled down

That you

Found a girl

And you're

Married now



I heard

That your dreams came true.

Guess she gave you things

I didn't give to you



Old friend

Why are you so shy?

Ain't like you to hold back

Or hide from the light



I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.

I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded

That for me it isn't over



Never mind

I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too

"Don't forget me", I beg

"I'll remember", you said

"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead."

Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead,

Yeah.



You know how the time flies

Only yesterday

It was the time of our lives

We were born and raised

In a summer haze

Bound by the surprise

Of our glory days



I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.

I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded

That for me it isn't over.



Never mind

I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too

"Don't forget me", I beg

"I'll remember", you said

"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead."



Nothing compares

No worries or cares

Regrets and mistakes

They are memories made.

Who would have known

How bittersweet this would taste?



Never mind

I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you

"Don't forget me", I beg

"I'll remember", you said

"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead"



Never mind

I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too

"Don't forget me", I beg

"I'll remember", you said

"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead"



"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead"

Jakarta, 24 August 2011

Al-Rad

11. Bagi manusia ada (malaikat) yang berganti-ganti mengintipnya, di hadapannya dan di belakangnya, mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum, kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Apabila Allah menghendaki kejahatan pada suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolakkannya dan tidak ada bagi mereka wali, selain dari padaNya.

Keterangan ayat 11:
Dalam ayat ini teranglah, bahawa Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika mereka sendiri tidak mengubah budi pekertinya.Umpamanya kaum yang suka berpecah-belah dan bermusuh-musuhan sesamanya, tak dapat tidak mestilah kaum itu mundur dalam segala-galanya, baik dalam pergaulan, ekonomi atau pemerintahannya. Hal keadaannya itu tidak akan dirubah Allah, jika mereka sendiri tidak mengubah budi perkertinya lebih dahulu. Seorang pemalas umpamanya adalah nasibnya menjadi miskin dan hidup dalam kesusahan. Nasibnya itu tidak akan dirubah Allah, jika ia sendiri tidak membuang sifat pemalas itu terlebih dahulu. Sebab itu janganlah seseorang meminta kepada Allah:katakanlah saya! sedang ia tidak suka berusaha karena langit itu tidak menghujankan emas dan perak.

Thursday, August 18, 2011

Aku tak takut lagi...


Pengalaman hidup banyak mengajar dan membentuk kita untuk menghadapi hari-hari depan dengan lebih yakin. Kita juga mampu mengatasi setiap rasa bimbang yang sering datang dan pergi silih berganti. Aku tumbuh dewasa dalam serba ketakutan, mungkin juga kerana aku menyadari siapa diri ini sebenarnya pada usia yang cukup muda. Ketakutan inilah menjadikan aku sedikit menutup diri dan ragu-ragu  untuk berekspresi dengan bakat yang ada dalam diri.

Walaupun stigma kuat keluarga Melayu yang mahu setiap anak mereka berjaya secara konvensional tidak terjadi dalam hidupku kerana arwah ibu dan bapaku tidak pernah 'memaksa' aku melakukan sesuatu yang di luar keinginan dan kemahuanku. Aku tumbuh dewasa dengan menyadari kelebihan dan kekurangan diri namun kerana tekanan sosial yang kuat aku jadi takut untuk keluar dari kebiasaan.

Mungkin juga zaman itu belum terlalu banyak orang-orang kreatif yang dianggap berjaya dan hati ini tidak terpanggil untuk melakukan sesuatu yang baru selain dari menghabiskan pelajaran sampai tahap ijazah sahaja. Aku sungguh bersyukur kerana dibukakan hati ini untuk memasuki dunia periklanan yang sememangnya suatu industri baru buat negara yang baru merdeka. Dunia periklanan banyak membuka mata ini melihat dunia kreatif sebagai suatu industri yang cukup penting dalam membantu sesuatu produk atau brand menjadi pilihan ramai.

Aku diterima baik dalam industri yang sekarang sudah bisa diterima oleh banyak orang. Suatu ketika dahulu, industri ini tidak dipandang sama sekali namun masyarakat sudah menyadari akan kepentingan strategi komunikasi yang jitu. Setelah hampir 20 tahun didalam industri ini di Malaysia dan Indonesia, aku harus mencoba untuk membina brand aku sendiri dan mempraktikkan segala yang aku pelajari dan lakukan untuk brand lain.

Aku harus membuang jauh rasa takut dalam diri ini untuk terus maju melakukan sesuatu perubahan dalam diri ini dan juga masyarakat, Insya Allah!


Jakarta, 18 August 2011

Monday, August 15, 2011

"Life is a journey"


Memang benar hidup ini adalah suatu kembara. Dari dulu lagi aku sungguh tarkesima dengan perjalanan hidup ini yang telah membawa aku ke daerah-daerah baru, asing dan menarik yang tidak pernah terfikirkan selama ini.

Aku hanyalah seorang anak kampung naif yang bercita-cita untuk merubah hidup dan ingin melihat dunia luar yang sesungguhnya berbeda dengan duniaku selama ini. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa halangan di sana sini, aku telah melintasi beberapa sempadan dan daerah-daerah asing yang banyak membuka mata zahirku dan mata hatiku untuk tidak terus buta dan celik dengan apa yang telah kulihat.

Sesungguhnya aku tidak mampu melihat ke mana langkah kaki ini setelah aku meninggalkan Pulau Jawa ini tapi yang pasti aku akan terus melangkah selagi diberi kekuatan dan akal sehat. Semoga saja setiap perjalananku akan dipermudahkan, lebih menarik dan penuh makna, Amin!

Selagi kaki ini mampu melangkah, aku akan terus berjalan samapi kehujung dunia sekalipun.


Jakarta, August 15 2011.

Wednesday, August 10, 2011

Pavlozee


Perkenalkan logo Pavlozee idea bernas dari teman akrabku Glenn Marsalim, the most celebrated advertising guy in Indonesia! Logo ini saya pilih kerana cukup elegan dan bernuansa klasik sesuai dengan brand value saya.

Semoga keinginan untuk mempunyai rangkaian Pavlozee Fine Bakery & Cafe yang maju jaya akan menjadi kenyataan sebentar lagi, Insya-Allah. Memang sedari kecil lagi saya suka membuat kue-kue sebagai creative expression. Keghairahan yang berterusan untuk membuat kue-kue lazat datangnya dari sokongan awal arwah ibu, bapa, keluarga dan teman-teman akrab selama ini. Senang dan puas sekali melihat mereka menikmati kue-kue yang kubikin.

Semoga hidup kita semua akan lebih baik kedepannya, Amin!

Let's celebrate life!

Jakarta, 11 August 2011

Pavlozee


Pavlova pertama yang aku bikin adalah The Wedding Pavlova resepi dari Nigella Lawson. Percubaan pertamaku berjaya dan yang lebih manis lagi, aku membuatnya tanpa bantuan cake mixer dan semuanya dihasilkan dengan tangan.

Ternyata Pavlova menjadi kegemaran teman-teman akrabku. Mulai saat itu, setiap dinner party dirumahku tidak lengkap tanpa Pavlova ini. Aku awalnya tidak terlalu menyukai Pavlova, akhirnya menyerah pada tekstur tengah yang lembut sementara lapisan luar yang garing dan cruchy. Krim kocok dan buah-buahan yang sedikit masam menyeimbangkan kemanisan Pavlova yang dibuat dari bahan dasar putih telur dan gula sahaja.

Nama Pavlozee sebenarnya muncul dalam BB Chat dengan teman-temanku dan hasil nukilan Norly yang menetap di Perth.

Semoga Pavlozee akan menjadi brand yang identik dengan kualiti, unik, kaya citarasa dan disukai semua orang.

Jakarta, 11 Augustus 2011

Bukan selamat tinggal...


Sudah sampai saatnya aku melangkah pergi dari bumi Jawa yang sungguh menyenangkan ini. Walaupun berat kaki ini untuk melangkah pergi, aku terpaksa lakukan demi masa depan dan cita-citaku yang sudah lama terpendam demi tuntutan kerja dan tanggungjawabku yang lain.

Setelah hampir 8 tahun aku 'berhijrah' ke Jakarta, kota kosmopolitan yang padat dengan pelbagai ragam manusia yang mengejar cita-cita dan dikejar kerasnya hidup untuk terus bertahan dari hari ke hari. Kota ini memang banyak kekurangannya tetapi banyak juga kelebihannya. Jakarta cukup identik dengan 'kemacetan' jalanraya dan sepertinya masalah ini tidak akan pernah bisa diatasi tanpa 'sistem' jalanraya yang lebih baik. Busway dan 3in1 bukanlah penyelesaiannya kerana warga Jakarta akan menggunakan jasa 'jockey' jika terpaksa melalui Jalan Sudirman di pagi dan sore hari. Sampai kapankah 'kemacetan' ini akan berlanjutan kalau jumlah kenderaan semakin bertambah dan sistem public transportation yang sampai sekarang masih tergendala.

Jakarta cukup megah dan trendy mungkin kerana jumlah penduduknya yang ramai dengan bermacam keinginan untuk tampil beda atau mungkin juga orang-orang Jakarta lebih adventurer untuk mencoba sesuatu yang baru. Saban bulan akan muncul tempat-tempat makan atau hang out yang baru dan konsep yang semakin diminati adalah cafe atau bistro dengan interior yang sedikit industrial.

Jakarta juga banyak mengajar aku agar lebih sabar, tenang dan terkendali. Sewaktu berpindah ke sini tujuh tahun dahulu, pesan pertama dari mantan bossku adalah untuk tidak screaming to my staff. Menurutku memang kita orang Malaysia lebih bebas mengucapkan apa yang terlintas difikiran dan meluahkan apa yang tersirat di hati. Orang-orang Indonesia lebih banyak menyimpan dalam hati supaya tidak melukakan hati banyak orang dengan ucapan yang difikirkan tidak wajar diucapkan. Dari sini, aku belajar untuk berfikir dua tiga kali sebelum mengatakan sesuatu.

Sampai saat ini, aku belum tahu dengan pasti apakah aku akan terus melangkah pergi dari bumi Jawa yang banyak mengajar aku tentang kehidupan di usia matang ini. Terlalu banyak perubahan diri dari segi fizikal ataupun mental telah aku alami sepanjang tujuh tahun lebih di sini. Apabila kita sendirian di tanah asing, sahabat-sahabat dan teman-teman dekat banyak membantu kita mengharungi hari-hari payah dengan sedikit senyuman dan hilai tawa.

Aku bersyukur mempunyai sahabat-sahabat dan teman-teman akrab yang tidak perlu aku sebutkan satu persatu. Segala kenangan dan pengalaman yang kita lalu bersama akan tetap kukenang sampai kapan pun dan tidak akan ada badai atau taufan yang akan memisahkan kita.

Terima kasish kerana telah menerima diri ini apa adanya.

Jakarta, 10 Augustus 2011

10 Ramadhan

Tuesday, July 26, 2011

Red Velvet Cupcakes


Sudah lama aku dengar kegilaan terhadap Red Velvet Cupcakes. Aku mencari beberapa resepi di Internet sebelum Sashie memberikan spreadsheet dengan pelbagai resepi Red Velver mulai dari Paula Dean, Martha Stewart hinggalah ke resepi dari Hotel Waldorf Astoria di New York. Tidak ketahuan siapa yang menciptakan resepi kue mungil dan cantik ini.

Menurut cerita, pada awal tahun 30an ada seorang wanita yang terkesima dengan rasa kue mungil yang pernah beliau nikmati di Hotel Waldorf Astoria telah meminta resepi Red Velvet ini dari seorang chef di sana. Wanita itu diminta untuk membayar sebanyak USD$300 untuk mendapatkan resepi tersebut. Wanita itu bertekad untuk mendapatkan resepi kegemaran beliau tadi dan mulai menulis surat berantai. Kita yang hidup di zaman yang serba moden ini harus  bersyukur  kerana bisa mendapatkan segala macam resepi, tinggal google saja.

Untuk mendapatkan tekstur yang lembut, basah dan ringan atau lebih tepat lagi 'velvety texture' kita harus gunakan takaran sesuai resepi dan wajib menambahkan 'buttermilk' atau 'plain yogurt' jika kita tinggal di negara yang tidak ada 'buttermilk'. 'Buttemilk' juga boleh dibuat dirumah dengan mencampurkan susu dengan lemon juice dan biarkan selama 10 minit.

Inilah resepi Red Velvet versi saya setelah mencoba banyak resepi. Resepi ini adalah kombinasi dari Paula Dean dan Martha Stewart.

The Cake
11/2 cup light brown sugar
11/2 cup vegetable oil
21/2 cup flour
2 eggs
1 cup of buttemilk/plain yogurt
1 teaspoon salt
2 teaspoon baking power
2 tablespoon vinegar
2 tablespoon cocoa powder
Vanilla & red coloring

Cream cheeese
Good quality cream cheese
1 cup of unsalted butter
Powdered/icing sugar
Vanilla

Semoga Red Velvet Cupcakes ini bakal merubah hidup kita semua untuk jadi lebih baik lagi.

 Jakarta, 27 July 2011

Sunday, July 24, 2011

Selamanya Cinta

Di kala hati resah
sirnapun datang
memaksaku
ku semakin menyerah
kalaulah kudapat membaca pemikiranmu
dengan sayap pengharapanku ingin terbang jauh

biar awanpun gelisah
daun2 jatuh berguguran
namun cintamu kasih terbit laksana bintang
yang bersinar cerah menerangi jiwaku
andaikan kudapat mengungkapkan perasaan ku
hingga membuat kau percaya...
akan kuberikan seutuhnya
rasa cintaku
selamanya... selamanya...

biar awan pun gelisah
daun2 jatuh berguguran
namun cintamu kasih
terbit laksana bintang
yang bersinar cerah menerangi jiwaku
andaikan kudapat mengungkapkan perasaanku
hingga membuat kau percaya...

akan kuberikan seutuhnya
rasa cintaku
rasa cinta yang tulus dari rasa lubuk hatiku
oh oh
Tuhan... jalinkanlah cinta bersama
selamanya...

andaikan kudapat menyungkapkan perasaanku
hingga membuat kau percaya
akan kuberikan seutuhnya perasaanku
selamanya... selamanya...
selamanya...

Cinnamon

Jangan kau sesali Doddy


Jangan sesekali kau sesali
segala apa yang kau jalani
semua itu sudah tertulis
semua itu untuk jati diri

Jangan sesekali kau lukai
hati mereka dan diri sendiri
dengan apa yang kau sesali
kerana kita semua peduli

Yang pergi tetap akan pergi
dan tidak akan kembali lagi...
kita yang hidup harus sudi
untuk terus hidup kembali

Jakarta, 25 July 2011


Tuesday, July 19, 2011

Awali yang indah

Setiap kali mata ini terbuka
aku melihat padamu
pada setiap keindahan
dan segala yang sempurna

Setiap kali mata ini tertutup
aku membayangkan
segala kelembutan
dan kemuliaan

Semoga setiap kali aku mengatur langkah ini
dalam setiap kekuatan
dan kecerdasanmu
semoga aku tidak kecundang

Setiap kali aku bernafas
aku harus mensyukuri
segala yang diberi
buat kesekian kali.

Jakarta, 19 July 2011

Tuesday, July 5, 2011

What's next?

Sudah tiba masanya aku memulakan usaha sendiri daripada terus makan gaji dan menjadi hamba orang lain. Beruntunglah kita kalau mendapat atasan yang baik dan durjanalah hidup kita kalau bos kita adalah seorang yang amat mementingkan diri sendiri.

Mungkinkah ini suatu panggilan dalam diri untuk tidak takut membuat keputusan yang sesungguhnya maha berat buat meninggalkan comfort zone. Aku yakin akan memberikan 200% fokus, komitment dan tenaga untuk menjadikan usaha ini satu kejayaan.

Aku benar-benar berharap agar berani memulakan sesuatu, walaupun kecil. Semoga saja, teman-temanku akan menyokong dan membantu mewujudkan cita-cita murniku ini.

Aku yakin hati kecil ini sudah bersedia melakukan perubahan ini. Semoga berjaya, Amin!


Jakarta, 5 Julai 2011

Friday, July 1, 2011

1 Julai 2011

Hari ini sudah masuk hari ke 62 aku telah bebas rokok. Semoga saja hal yang baik ini akan terus kekal buat selama-lamanya.

Sekarang Suhaila dan Kristy juga sudah bebas rokok, semoga lebih banyak lagi teman-temanku yang akan berhenti merokok.

Semoga saja hidup kita semua akan menjadi lebih baik lagi.

Jakarta, 1 Julai 2011
7:54 pm

Thursday, June 30, 2011

Sesal dan Kesal

Pernahkah kau tangisi
setiap sesal dan kesalmu?

Tak perlu kau tahan sebak di dada
dan segala rasa yang ada
biar saja ia menjadi reda
bukan panas membara...


Jakarta, 30 Jun 2011

Untuk Esok Yang Lebih Bahagia

Apakah Sang Pencipta akan membiarkan umatNya merana tanpa belas kasihan? Tidak mungkin Dia akan menyiksa umatNya. Semoga apa yang aku lalui sekarang ini akan menjadikanku semakin tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan yang sudah semestinya semakin lama semakin berat. Semoga saja semua ini akan aku lalui tanpa sedikit cela pada keimanan dan kepercayaanku selama ini.

Kau berikanlah aku setiap kekuatan yang maha besar untuk aku melangkah meninggalkan setiap ruang sepi, kosong dan hampa ini. Kau berikanlah aku rahmatMu selalu agar cerah malam-malamku dan tenang hari-hariku. Semoga saja ini adalah caraMu membiarkan aku menikmati hidup ini seadanya tanpa perlu risau dan khawatir tentang apa-apa pun.

Biarkan saja aku lalui hari-hariku yang bakal panjang ini dengan tenang dan tanpa harus emosi. Akan kuhitung setiap detik ini menjadi detik-detik yang paling panjang dan penuh siksa. Semuanya akan aku lalui untuk hari esok yang lebih bahagia, doaku.

Bali & Jakarta 29 & 30 Jun 2011.

Tuesday, June 28, 2011

Pasti ada yang pertama...

Dalam hidup ini kita harus berani mengambil jalan kita sendiri. Memang hanya yang maha Kuasa yang tahu apa yang terbaik buat kita. Kita yang harus memikirkan dengan sehalus-halusnya dan sebaik-baiknya mengikut kemampuan akal fikiran kita sendiri dan selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Dia yang akan memastikan semua itu terlaksana. Umpama bayi yang masih kecil yang hanya bisa menangis pabila haus atau lapar, kita hanya mampu berdoa dan memohon yang terbaik buat kita. Semoga saja apa yang kita minta akan segera terlaksana sesuai kebutuhan kita.

Buat pertama kali dalam hidup ini aku mencari langkah kedepan setelah sekian lama dan jauh kaki ini telah melangkah. Sudah memdekati 20 tabun aku melakukan 'panggilan jiwa' ini tetapi kadang-kadang sering juga aku terfikir tentang 'panggilan jiwa' yang lain, mungkin ada.

Semoga saja, semua ini hanyalah kerikil-kerikil kecil yang bukan 'menghalang' perjalananku tetapi sekadar 'mengingatkan'apa erti hidup ini sebenarnya. Mungkin juga ini semua sudah aturan dari Dia untuk aku memilih jalan baru dalam hidup ini.

Aku percaya dalam hidup ini selalu ada yang pertama kali yang akan kita lakukan. Semoga sahaja kita tidak akan pernah berhenti berharap yang terbaik buat diri kita.

Bali, Rabu 29 Jun 2011

Tuesday, June 7, 2011

Akhirnya!

Akhirnya aku telah membuat keputusan itu. Segala beban berat di bahuku semakin berkurang. Walaupun susah aku akan tetap berpegang pada janjiku unuk tidak mengubah pendirianku. Banyak yang bertanya tentang rencana kedepanku tapi aku sendiri pun belum pasti. Untuk sementara ini aku hanya ingin beristirehat panjang sebelum komited memulakan sesuatu yang baru. Semoga saja rezekiku tidak akan berhenti mengalir, Amin.

Sesungguhnya jika kejadian itu tidak menimpaku, aku tidak akan pernah 'berani' untuk melakukannya. Untuk rencana kedepan, akan aku serahkan segalanya  pada Yang Maha Kuasa. Semoga saja jalan ke depanku mulus dan mudah. Semoga sahaja lamaranku untuk berkelana dan berkarya di Bangkok diterima baik.

Akhirnya aku juga berani melakukan renovasi rumahku di KL setelah berapa lama memasang niat. Semoga saja, aku di beri kesempatan untuk menikmati secebis perjalanan hidup ini tanpa beban dan ragu-ragu lagi.

Akhirnya aku melakukan semua ini untuk harga diri. Semoga aku tidak akan pernah menyesal melakukan apa yang telah aku lakukan.

Jakarta, June 7 2011

Wednesday, May 11, 2011

Now or never!

Aku seakan diberi petanda atau  isyarat untuk melakukan apa yang ingin kulakukan selama ini. Sungguh tidak aku sangka semua ini berlaku terhadapku walaupun di hati kecilku pernah membisikkan agar aku lebih hati-hati. Awalnya aku tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang drastik tetapi akhirnya aku harus melakukan sesuatu.
Malam ini aku akan mengerjakan Solat Istiqarah atau Solat Hajat biar bisa aku membuat keputusan yang benar mengikut petunjuk dari Yang Maha Esa. Semoga Yang Maha Kuasa memberikan aku petunjuk untuk melakukan keputusan yang sesuai kemahuan hatiku yang paling dalam tanpa dendam, tanpa benci dan tanpa ragu demi kebaikanku juga.

Jakarta, 11 May 2011

Monday, May 9, 2011

Doa hari ini

Semoga diri ini diberikan ketabahan untuk menghadapi setiap cobaan dan dugaan yang silih berganti tanpa henti ini. Jadikan aku hambamu yang kuat. Semoga semua 'penderitaan' dan 'kegusaran' ini akan segera berakhir. Jangan kau jadikan aku seorang pembenci dan pendendam, Amin ya Rabbal Al Amin!

Jakarta, 8 May 2011
8:58 pm.

Friday, May 6, 2011

"kembara berjalan bersendirian..."


Hari ini aku melakukan hal yang agak gila yang sudah lama tidak aku lakukan: membeli tiket pesawat ke Eropah walaupun teman-temanku belum memutuskan untuk ikutserta.

Jadwal kembaraku cukup padat mulai bulan Jun nanti. Insya Allah aku akan berangkat ke Hamburg, Germany pada tanggal 15 sampai tanggal 17 Jun untuk menghadiri Global Meeting bersama 3 rakan kerjaku yang lain. Kami bercadang untuk pulang melalui Paris serta mengambil peluang beristirehat pendek di kota romantis itu. Aku juga akan mengambil peluang ini untuk melihat-lihat tas duffle yang sudah aku incar pada kunjungan kali terakhir ke Paris tahun lalu tapi tidak aku beli. Ternyata aku tidak jadi ke Paris. Kami hanya habiskan sisa-sisa hari Sabtu berkeliling di kota Hamburg yang juga ternyata menyenangkan.

Pulang dari Paris, aku berencana akan ke Bali untuk acara reunion bersama bekas teman-teman serumah di Jalan Bawal, Bangsar. Rumah di Jalan Bawal banyak mengajar erti 'persahabatan' yang amat sebenarnya kepada kami penghuninya kerana di situlah buat pertama kalinya kami bersepuluh (mungkin lebih kalau dihitung mereka yang sering datang menziarahi dan terus tinggal disitu) berusaha membina hidup sendiri dan belajar berdikari. Banyak kenangan manis yang kita lalui bersama terutama ketika musim rambutan kerana rumah kami penuh dengan pohon-pohon  rambutan. Pada awal tahun 90-an, Bangsar di sekitar Jalan Riong masih belum dibangunkan secara menyeluruh seperti sekarang. Masihkah ada rumah Banglow Jalan Bawal kami itu? Insya Allah aku akan terbang ke Bali setelah selesai kerja pada hari Jumaat, tanggal 24 Jun sampai dengan 27 Jun dan bertemu dengan teman-teman yang sudah lama tidak bersua dan berjenaka bersama. Walapun tidak semua dari penghuni Jalan Bawal berkesempatan untuk datang ke Bali tapi sedikit sebanyak akan terubatlah rindu di hati. Ternyata aku menyambung dua hari lagi di Bali stelah teman-temanku berangkat pulang. Semoga saja aku akan menjejak lagi bumi Bali yang penuh mistik ini.

Liburan singkat ditengah-tengah tahun ini amat aku perlukan setelah melalui jerit perih bekerja selama hampir enam bulan sebelum mempersiapkan diri untuk berpuasa. Di penghujung Ramadhan nanti, aku akan pulang ke KL untuk merayakan hari kemenangan bersama-sama keluarga di kampung.  Insya Allah aku akan berangkat pulang pada hari petang Jumaat 26 Ogos. Aku sungguh teruja kerana kali ini aku berkesempatan untuk berpuasa di Kuala Lumpur selama tiga hari sebelum pulang ke Pasir Puteh. Akan aku jelajahi Bazaar Ramadahan yang aku rindukan untuk berburu Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Semoga juga tahun ini renovasi apartmentku akan selesai sebelum Hari Raya Puasa dan dapatlah aku meraikan hari bahagia ini tanpa beban kerana aku sudah lama pasang niat untuk membenarkan keadaan rumahku yang sudah agak 'uzur' itu tadi setelah sekian lama aku tinggalkan.

Aku dijangka kembali ke Kuala Lumpur pada tanggal 1 September untuk bertemu dengan teman-temanku di KL. Besoknya aku pula akan berangkat ke Pulau Pinang untuk meraikan perkahwinan Steven. Acara perkahwinan Steven ini sepertinya reunion FCB KL kerana banyak anak-anak FCB diundang. Tanggal 4 aku bergegas berangkat pulang ke KL, mungkin satu pesawat dengan Gerrie dan keluarga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta pada tanggal 6 September. Insya Allah aku akan kembali bekerja keras selama sebulan dan menyelesaikan sebanyak mungkin deadline yang kami mampu sebelum pulang ke KL pada tanggal 20 October untuk melanjutkan perjalan ke Eropah. Ternyata semua ini akan berubah kerana aku tidak perlu lagi kembali ke Jakarta. Persoalannya apakah kali ini aku akan kembara secara solo atau teman baikku Norly akan turut serta. Kita tunggu dan lihat sahajalah kerana malam ini dia berjanji untuk membeli tiket Perth-London. Ternyata Norly juga telah membeli tiket pesawat ke Amsterdam dari Perth jadi aku akan bertemu dengan beliau di Eropah, Insya Allah.Dari London, aku berencana untuk melawat Greece yang belum aku jejaki untuk melihat sendiri keindahan Pantai Santorini dan tempat-tempat menarik lainnya. Aku juga dijangka akan singgah di Amsterdam sebelum berangkat pulang ke KL sehari sebelum Umat Islam meraikan Hari Raya Haji.

Aku akan berangkat pulang ke Jakarta pada subuh-subuh hari, hari Selasa 8 November dan langsung ke masuk kerja setelah lebih dari dua minggu tidak memikirkan soal kerja. Semoga aku tidak mengalami jet-lag yang teruk seperti tahun kelmarin. Sepanjang bulan November aku akan fokus pada projeck yang sepertinya tidak terlalu banyak. Biasanya pada akhir tahun ini, kami akan melakukan banyak planning untuk tahun 2012 dan persoalan utama yang akan kami hadapi adalah soal revenue untuk menutup tahun 2010. Apakah nasib kami akan bertambah baik untuk tahun ini? Insya Allah semoga kami mampu mencapai target yang telah kita tetapkan penghujung tahun 2010. Ternyata semua ini akan berubah kerana aku tidak lagi perlu bersusah payah soal ini dan mungkin juga aku telah memulakan kerja baruku atau usahaku sendiri yang selama ini aku belum berani melakukannya.

Walaupun Kristy dan Sashie sudah awal-awal mengajakku untuk menyambut tahun baru dan sekalian meraikan ulangtahun beliau dia Sydney dan Melbourne sehari sesudah Krismas tetapi kami belum membeli tiket. Aku merancang unuk menyusuli mereka pada tanggal 30 Disember kerana buat masa sekarang aku merasa sedikit bersalah untuk pergi lagi sebulan setelah kembali dari Eropah di awal November. Kita lihat sahaja nanti apa yang akan terjadi di penghujung 2011 untuk menyambut tahun 2012.

Apakah aku akan berjalan sendirian atau dengan teman-teman yang sudi menemani di tahun 2012 nanti. Semoga niatku untuk melakukan Umrah atau Haji akan terlaksana pada tahun depan, insya Allah!


Jakarta, Jumaat 6 Mei 2011.
11:44 malam WIB

Updated, Jakarta, Jumaat 1 Julai 2011

Thursday, May 5, 2011

"keep it simple"

Tidak terlalu payah untuk membahagiakan diri sendiri jika ekspektasi kita juga cukup simple.

Wednesday, May 4, 2011

Sesalku hanya satu...



Pernah kutangisi
pabila kau tiada.
Sering kutangisi
setiap perasaan itu datang.
Sudah puas ku menjerit
pada seisi dunia
juga pada semua
yang memandang aku.

Tidak ada apa lagi
yang harus aku sesalkan
kecuali tentang dosa-dosa
pada yang maha kuasa
dan mereka yang pernah
kukenal...

Jakarta, 4 May 2011



Tuesday, May 3, 2011

"Nasib kita tidak akan pernah berubah jika kita tidak berusaha merubahnya"

Sudah lama aku tidak menulis di sini. Banyak yang telah aku lalui dari Januari sampai Mei, ada yang manis, yang pahit dan ada juga hari-hari itu berlalu bagai angin lalu tiada terkesan. Aku amat takut menghadapi hari-hari yang berlalu begitu saja tanpa meninggalkan kesan di hati. Mungkin juga kapasitas memori manusia terbatas untuk terus mengingat semua peristiwa dan kenangan yang kita lalui dari hari ke hari.


Hari ini merupakan hari ketiga aku tidak merokok, yang sudah menjadi sebahagian dari hidupku lebih dari 20 tahun. Ini merupakan percubaan yang sudah kesekian kali untuk aku mencuba berhenti dari merokok. Aku yang dulunya tidak pernah ingin merokok tapi akhirnya mencuba dan menjadi addicted tanpa aku sedari. Addiction ini semakin lama semakin susah untuk aku tinggalkan. Aku terpaksa melalui kesakitan yang amat sangat, terakhir melakukan routine check gigiku. Ternyata gusiku sudah tidak kuat menampung nicotin, asap rokok dan toksin-toksin yang sering kuhisap dan hembus ini.

Aku diberi kata putus untuk segera tidak merokok oleh Dr Sim. Aku sememangnya telah memasang niat untuk untuk berhenti merokok dalam beberapa ketika ini.  Akhirnya aku melaksanakan  niatku itu walau sudah agak terlewat tapi 'it is better late than never'. Kali ini aku terpaksa mengambil ubat yang dibeli di farmasi untuk membantuku melalui segalanya dengan mudah. Itu harapanku.

Ternyata tidak mudah untuk aku buang tabiat ini. Awalnya aku disarankan untuk mengambil ubat ini dalam dosis kecil 0.5 mg pada minggu pertama. Aku dibolehkan untuk merokok di minggu pertama ini sementara sistemku mulai menerima ubat tersebut. Minggu kedua, aku harus meningkatkan dosis menjadi 2 mg dengan pengambilan 1 mg setiap pagi dan 1 mg setiap malam. Kata teman akrabku dan farmasist, ubat ini akan membuatkan emosiku tunggang terbalik atau mood swings. Ternyata mood swings itu benar dan di awalnya juga aku merasa sedikit loya dan seakan ingin muntah.. Kepalaku juga terasa berat, seakan dicengkam.

Suksesnya dua teman-temanku yang telah terdahulu meninggalkan tabiat ini, sedikit sebanyak memberikan aku inspirasi untuk melakukannya juga. Terima kasih yang tidak terhingga buat Norly dan Din. Terima kasih juga buat Amalia, Menik dan yang lainnya di Draftfcb Jakarta yang mampu menahan amarah atau emotional rollercoaster yang hanya masuk minggu kedua. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana berkecamuknya emosi ini pada minggu terakhir nanti, semoga tidak terlalu parah.

Semoga aku mampu melakukan perubahan penting dalam hidup ini dan diharapkan kali ini aku akan meninggalkan rokok buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar hidupku akan lebih teratur dan lebih bermakna, Insya Allah!.

Aku ingin jadi manusia yang lebih baik buat diriku, keluargaku, teman-temanku dan mereka yang pernah dan akan terus hadir dalam hidupku. Paling penting buat menguatkan lagi semangat dan kepercayaanku.

Friday, January 7, 2011

Kapankah?

Kenapa hati ini seakan terpanggil untuk melangkah pergi lagi? Apakah mungkin kerana sudah terlalu lama aku berdiam di suatu tempat? Mungkin juga aku sudah tidak merasa seperti hidup di tempat ini lagi? Aku pun tak tahu dan yang pasti hati dan kaki ini memang terpanggil untuk bergerak.

Tujuh tahun lamanya aku menghambakan diri dan segala tenaga ini aku kerahkan demi cintaku pada bidang ini namun perubahan dalam diri ini tidak setimpal dengan apa yang aku berikan. Aku merasa diri ini terpenjara dalam ruangan yang semakin sempit dan aku tidak mampu bergerak lagi.

Aku harus melangkah lagi. Aku tidak pasti ke mana pula langkah ini akan ku tuju. Aku hanya mampu berdoa dan berharap untuk segera terpanggil. Aku tidak mahu mati sebelum waktunya. Aku ingin terus bebas bergerak. Aku ingin terus hidup yang sebenarnya.

Jakarta, 7 Januari 2011

Thursday, January 6, 2011

Bukan Resolusi 2011


1) Kurangkan merokok
2) Lebih banyak 'exercise'
3) Lebih khusyuk dalam solat dan beribadah